Hi, what are you looking for?

Mamak News

1.7 juta pengunjung disasar hadir Minggu Sains Negara 2023


SEREMBAN – Seramai 1.7 juta pengunjung disasarkan menghadiri dan menyertai Karnival Minggu Sains Negara 2023 yang dilaksanakan bermula April lalu sehingga Oktober di seluruh negara.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang berkata, pihaknya optimis sasaran itu mampu dicapai dan menarik minat kehadiran orang ramai kerana setiap aktiviti yang diadakan menggunakan kaedah praktikal (hands-on) yang melibatkan pengamal serta pakar sains dan teknologi.

“Tahun ini merupakan tahun keenam karnival ini dilaksanakan, tahun lalu ia mencapai kehadiran 1.5 juta pengunjung jadi kami percaya pada tahun ini akan mencapai lebih lagi,” katanya selepas merasmikan Karnival Minggu Sains Negara 2023 Peringkat Negeri Sembilan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Nilai di sini hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Karnival anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan itu turut mendapat kerjasama pihak USIM dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Negeri Sembilan.

Lih Kang dalam pada itu berkata, Karnival Minggu Sains Negara 2023 memberi fokus kepada tujuh bidang utama antaranya Kesihatan Planet, Kimia dan Bioteknologi, Inovasi Sosial, Kejuruteraan, Nanoteknologi dan Angkasa.

“Pelaksanaan karnival ini selaras dengan Pelan Tindakan Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara 2021-2030.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Ia juga diteruskan secara dalam talian dengan kerjasama di antara jabatan serta agensi di bawah kementerian, institut pengajian tinggi, syarikat swasta dan persatuan melibatkan program seperti webinar dan forum,” katanya. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Tengah-Tengah Malam Naik Notifikasi “Suspicious Person” Berdekatan Kereta, Rupanya… Seperti yang diketahui waktu malam sememangnya membuatkan bulu roma sesiapa sahaja berdiri kerana persekitaran...

Sukan

0 PETALING JAYA – Penyerang antarabangsa Colombia, Radamel Falcao dilaporkan sudah berada di Johor Bahru sekali gus menguatkan lagi spekulasi bakal bermain dalam kancah...

Hiburan

0 PETALING JAYA – Penyanyi Iman Troye menghadiahkan wang tunai RM300 kepada pelajar yang mencapai peningkatan dalam apa sahaja mata pelajaran bagi keputusan Sijil...

Mamak News

0 KUALA NERUS – Seorang mekanik maut setelah kereta Perodua Kancil dipandunya merempuh bahagian belakang sebuah jengkaut di Kampung Buluh Gading di sini, hari...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications