Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

1.7 Juta Pengunjung Serbu MITEC, Vendor ‘Happy’ Kaut Untung Lebih RM12 Juta


Bayangkan bila ada berjuta-juta orang datang ke satu tempat untuk tengok jualan korang? Pasti seronok kan! Itulah yang dirasai para usahawan yang menyertai satu karnival yang berlangsung di MITEC baru-baru ini. 

Kalau dah sebut pasal MITEC, mesti korang dah tahu event apa yang dimaksudkan kan? haruslah the one and only, Absolut Bazaar x Festival Gaya Raya yang telah pun berlangsung tempoh hari dari 14 hingga 17 April yang lalu. 

Bazar raya 66 jam non-stop!

Apa yang menarik dan tak terkalahkan, festival ini berjaya dijalankan dengan jayanya sehingga mencecah jutaan pengunjung dalam tempoh masa 66 jam. 

Advertisement. Scroll to continue reading.

| Kampungmamakcom | Kampungmamakcom

Makna kata hampir tiga (3) hari tanpa henti!  Pengunjung bahkan ada yang sudah beratur seawal 10 pagi! 

| Kampungmamakcom | Kampungmamakcom

500 jumlah vendor dengan kutipan jualan lebih RM12 juta!

Sumber daripada pihak penganjur sendiri, seramai hampir 1.7 juta pengunjung telah hadir bagi memeriahkan Absolut Bazaar x Festival Gaya Raya 2023.  

| Kampungmamakcom | Kampungmamakcom

Kalau tengok scroll media sosial minggu lalu, hampir rata-rata datang menyokong Absolut Bazaar x Festival Gaya Raya dan “cuci mata” di lebih 500 vendor, serta terhibur dengan aktiviti-aktiviti menarik yang berlangsung pada hari yang sama. 

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kami tanya setiap vendor dan bila dikira kutipan sales selama 66 jam tu cecah lebih RM12 juta!

| Kampungmamakcom | Kampungmamakcom | Kampungmamakcom | Kampungmamakcom

“Terkejut dan tak sangka sangat dengan masa sesingkat itu boleh dapat banyak macam tu. Alhamdulilah kami happy bila boleh tolong kesemua vendor yang terlibat”, kata salah seorang pihak pengurusan penganjuran. 

| Kampungmamakcom | Kampungmamakcom

Masuk Malaysia Book of Records nilai hamper RM102, 148.14!

Tak ada dekat tempat lain, hanya di Absolut Bazaar x Festival Gaya Raya 2023, pengunjung boleh menang hamper sambil membeli-belah.  

Advertisement. Scroll to continue reading.

| Kampungmamakcom Inisiatif ini dibuat sebagai salah satu cara untuk berbakti kepada masyarakat serta menarik minat lebih ramai pengunjung  untuk berkunjung ke Absolut Bazaar x Festival Gaya Raya 2023.  

Barisan jenama besar  dan usahawan-usahawan tempatan turut bekerjasama dalam menjayakan Gempak Hamper  Raya dengan memberi sumbangan berbentuk barangan untuk pemberian hamper tersebut. 

Dengan pelaksanaan itu, pihak penganjur menerima sijil dengan ‘The Highest Value Hari Raya Hamper Giveaway’ daripada The Malaysia Book of Records dengan 27 orang pemenang secara keseluruhan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Rezeki abang ni menang RM500 tunai

Seperti tahun lalu, festival ini membawa pelbagai aktiviti menarik buat para pengunjung yang hadir.  Tahun ini tidak ketinggalan sehingga ada yang menang besar dengan!

Advertisement. Scroll to continue reading.

@absolutevent WOW GEMPAK AHHHH!! 😍😍😍😍 Sangat murah rezeki first visitor kita yang main Wheel of Fortune terus dapat RM500 😍 #absolutbazaarxgayaraya ♬ original sound – Absolut Bazaar

Selain aktiviti di Wheel of Fortune, pengunjung juga dihiburkan dengan Money Chamber dimana mereka boleh ‘tangkap duit’ dan bawa balik wang tunai yang dimenangi.  

| Kampungmamakcom | Kampungmamakcom | Kampungmamakcom

@absolutevent SERONOK LA abg ni menari-nari 😂😂 Best gila kumpul duit untuk shopping baju raya! You guys pon boleh dapat duit free2 tau!! Jadi 100 orang pertama untuk masuk ke #absolutbazaarxgayaraya ♬ original sound – Absolut Bazaar

 

@absolutevent Hafiz Mahmad pon cuba main signature money chamber #absolutbazaarxgayaraya ♬ Senandung Hari Raya – DISCO HUNTER

Tak hairanlah festival ini menjadi tumpuan ramai kerana banyak aktiviti menarik yang ditawarkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Lebih menarik, festival ini turut dimeriahkan oleh beberapa artis terkenal seperti Dolla, Hael Husaini, Aedy Asyraf, Amelia, Meerqeen, Anna Jobling dan ramai lagi. 

| Kampungmamakcom | Kampungmamakcom | Kampungmamakcom | Kampungmamakcom | Kampungmamakcom | Kampungmamakcom

 

@absolutevent Suara Lebaran Kita at #absolutbazaarxgayaraya ♬ original sound – Absolut Bazaar

Tengku Zafrul juga turut datang memeriahkan dan memberikan sokongan kepada usahawan-usahawan lokal tanpa sebarang protokol sekaligus merasmikan Absolut Bazaar x Festival Gaya Raya 2023.

Advertisement. Scroll to continue reading.

| Kampungmamakcom

Siapa sahaja yang berkunjung ke Absolut Bazaar x Festival Gaya Raya 2023 pasti mengharapkan festival ini akan kembali lagi.  Kejayaan besar festival ini sehingga ada vendor yang telah menempah tempat untuk penganjuran tahun hadapan.

Sekaligus, festival ini telah merancakkan kembali sektor ekonomi dalam kalangan peniaga tempatan.  Syabas!

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement