Hi, what are you looking for?

Gelagat isteri curi tengok harga

Lawak

“10 Minit Tak Sampai Kereta, Tinggal!” – Isteri Kantoi Sempat Curi Tengok Harga


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

Apabila sebut saja shopping mall, ia sudah tentu dapat mengukir senyuman di wajah para wanita, apatah lagi seorang isteri.

Walau sebesar mana pun shopping mall itu, kebiasaannya mereka tidak mengenal erti penat untuk singgah di setiap kedai walaupun sekadar mencuci mata.

Para suami pula semestinya perlu bersiap sedia melayan kerenah isteri dan menahan lenguh di kaki akibat terlalu lama berjalan.

Namun, lain pula yang terjadi di dalam video viral ini apabila seorang lelaki sengaja ‘mengugut’ isterinya semasa berada di sebuah pusat beli-belah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

@gianthighway

Lepas dia tau dia kene prank, eh dia sambung balik shopping!!😂#abangtanker ♬ suara asli – ghell108

Saja ugut konon 10 minit tak sampai parking kena tinggal

Menerusi perkongsian video daripada akaun @gianthighway, kelihatan dia dan isterinya sedang berada di pusat beli-belah di Nilai.

Mungkin kerana terlalu lama menemani si isteri, lelaki itu dengan sengaja meninggalkan isterinya dan memberitahu jika dia lambat sampai di parking lot, dia akan ditinggalkan.

Oleh sebab risau ditinggalkan, wanita itu dilihat berlari dengan laju ke arah keluar. Namun, dia secara tiba-tiba spontan berhenti di sebuah kedai handbag untuk mencuci mata sebelum menyambung berlari.

“Lepas dia tau dia kena prank, eh dia sambung balik shopping!” katanya di kapsyen.

Advertisement. Scroll to continue reading.
@gianthighway (TikTok)
@gianthighway (TikTok)

“Memang perangai perempuan semua sama eh, biarlah lambat macam mana pun kalau sale sempat lagi dia pause haha” – Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini sudah mendapat 960.6K views, 73.4K likes dan 1.8K shares di TikTok, rata-rata warganet turut terhibur melihat gelagat isteri lelaki tersebut.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Senang je nak bahagiakan perempuan ni sebenarnya. Dapat jalan-jalan kejap pun dah happy 😀

Sumber: SEISMIK

BACA: [VIDEO] Prank Isteri Konon Ada Orang Telefon Tapi Tak Boleh Borak Depan Dia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. LUMUT – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Perak menahan tiga bot nelayan Indonesia bersama 34 nelayan dari negara...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Fasa Peralihan Monsun Dijangka Bermula 3 Oktober Ini – MetMalaysia Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) hari ini memaklumkan...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KAHERAH: Mengimbas kenangan 11 tahun lalu, ratusan ribu rakyat Mesir berhimpun di Dataran Tahrir untuk menunaikan Solat Jumaat....

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Syarikat pengendali Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) telah memuat naik bebenang...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications