Hi, what are you looking for?

Mamak News

10 Premis Makanan Di Kota Bharu Diarah Tutup


10 Premis Makanan Di Kota Bharu Diarah Tutup

KOTA BHARU, 19 Mac (Bernama) — Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) mengarahkan 10 premis di daerah ini ditutup sementara selama 14 hari di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983 kerana tidak mencapai standard kebersihan yang ditetapkan, kata Pengarahnya Datuk Dr Zaini Hussin.

Beliau berkata pihaknya turut mengeluarkan 230 notis kompaun bernilai RM42,650 kepada pemilik premis dan pengendali makanan atas pelbagai kesalahan yang melanggar Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Satu notis di bawah Peraturan 8 telah dikeluarkan berhubung dengan mempamerkan perakuan pendaftaran, notis dan sebagainya di dalam premis makanan. Selain itu, 16 notis kompaun dikeluarkan bagi Peraturan 11 berkaitan kewajipan tuan punya, pemunya atau penghuni premis makanan.

“Pada masa yang sama, 178 notis kompaun turut dikeluarkan bagi kesalahan di bawah Peraturan 32(1)(b), iaitu kegagalan pengendali makanan tidak memakai apron, kasut, penutup kepala dan sebagainya semasa mengendali makanan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

BACA JUGA: Premis Tawar Menu Rahmah Dijangka Meningkat Dua Kali Ganda Pada Mac

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mengulas lanjut, Dr Zaini berkata sebanyak 31 notis turut dikeluarkan di bawah Peraturan 33 iaitu berhubung dengan kebersihan diri pengendali makanan selain empat notis bagi Peraturan 34 berkenaan kewajipan untuk mengekalkan premis makanan dalam keadaan bersih.

“JKNK menegaskan bahawa menjadi tanggungjawab pemunya premis makanan dan pengendali premis makanan untuk memastikan premis mereka bersih pada setiap masa selain mematuhi segala aspek berkaitan kebersihan agar dapat menjamin keselamatan makanan.

“Pemilik premis makanan yang didapati tidak mematuhi elemen-elemen penting kebersihan juga turut diberikan bimbingan untuk mengambil tindakan pembetulan bagi meningkatkan tahap kebersihan premis mereka,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: BERNAMA

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Hannah Yeoh Jumpa Zii Jia Minggu Depan KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) — Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh akan mengadakan pertemuan dengan...

Mamak News

0 SEBERANG PERAI – Seramai 12,380 warga asing yang ditahan di depoh imigresen di seluruh negara telah dihantar pulang ke negara masing-masing tahun ini....

Mamak News

0 SEREMBAN – Kementerian Pendidikan (KPM) kini sedang meneliti pendekatan Pelaksanaan Sekolah Mo Khas Komprehensif 9 Tahun (K9) atau Pelaksanaan Peroperasian Sekolah Mo Khas...

Mamak News

0 China Mula Buka Sempadan Kepada Kumpulan Pelancong Asing BEIJING, 31 Mac (Bernama-Sputnik) — China membuka semula sempadan untuk kumpulan pelancong asing bermula Jumaat,...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications