Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

103 jet pejuang China melintasi Taiwan, Beijing digesa henti provokasi


TAIPEI: Taiwan menggesa China supaya menghentikan semua tindakan ketenteraannya yang bersifat ‘unilateral yang merosakkan’ dengan menegaskan ia boleh menyebabkan ketegangan meningkat antara kedua-dua negara.

Amaran itu dikeluarkan Kementerian Pertahanan Taiwan selepas dilaporkan berlakunya peningkatan mendadak dalam aktiviti ketenteraan China berhampiran pulau berkenaan.

Menurutnya, sejak semalam sebanyak 103 pesawat pejuang China dilaporkan melintasi garis tengah Selat Taiwan, iaitu jumlah tertinggi dalam tempoh terdekat ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Aktiviti China sepanjang tempoh beberapa hari lalu memberikan cabaran serius kepada keselamatan di selat dan rantau ini,” katanya melalui kenyataan.

Pada masa sama, menurut kementerian itu, keamanan dan kestabilan di Selat Taiwan adalah tanggungjawab bersama semua pihak di rantau ini.

Katanya, gangguan ketenteraan secara berterusan oleh tentera China berisiko memburukkan lagi keselamatan serantau.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kami menyeru pihak berkuasa Beijing untuk bertanggungjawab dan segera menghentikan tindakan ketenteraan yang merosakkan ini,” katanya.

China menganggap Taiwan yang ditadbir secara demokrasi sebagai wilayahnya sendiri sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Atas dasar itu, China kerap melakukan latihan ketenteraan di sekitar pulau berkenaan dalam usaha menuntut kedaulatannya dan memberi tekanan ke atas Taipei.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Peta aktiviti China sepanjang 24 jam lalu menunjukkan jet pejuang melintasi garis pertengahan Selat Taiwan, yang menjadi penghalang tidak rasmi antara kedua-dua pihak.

China bagaimanapun mula kerap melintasi sempadan itu sejak setahun lalu.

Pesawat lain pula dilaporkan terbang ke selatan Taiwan melalui Saluran Bashi, yang memisahkan pulau itu dari Filipina.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Minggu lalu, Kementerian Pertahanan Taiwan memaklumkan tempoh antara Julai hingga September secara tradisinya adalah waktu paling sibuk bagi latihan ketenteraan China di sepanjang perairan berkenaan.

China memperkukuhkan kekuatan udaranya terhadap Taiwan dengan penempatan tetap jet pejuang dan dron baharu di pangkalan udara yang diperluaskan, kata Kementerian Pertahanan Taiwan dalam laporan dwi tahunannya bulan ini. – REUTERS


Sumber: Utusan Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 SEBERANG PERAI – Setia Fontaines Bertam bakal berubah wajah apabila memasuki fasa terakhir persiapan menjelang Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2023 anjuran Permodalan...

Lifestyle

0 Seorang lelaki sanggup merogol rakan perempuannya sendiri selepas makan malam Dipelawa Keluar Makan Malam, Remaja Perempuan Trauma Dirogol Rakan Lelaki Di Tangga. Seorang...

Mamak News

0 Tular Video Staf Lapangan Terbang Filipina Kantoi Telan Duit Disyaki Dicuri Daripada Pelancong China Seorang kakitangan wanita lapangan terbang di Filipina kantoi menelan...

Mamak News

0 KUALA LUMPUR – Lima anggota polis antara enam individu ditahan selepas disyaki melarikan seorang lelaki dari sebuah kedai makan yang terletak di Desa...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications