Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

12,380 tahanan warga asing sudah dihantar pulang


SEBERANG PERAI – Seramai 12,380 warga asing yang ditahan di depoh imigresen di seluruh negara telah dihantar pulang ke negara masing-masing tahun ini.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, daripada jumlah itu, 9,606 adalah tahanan lelaki manakala 2,774 lagi merupakan tahanan wanita.

Beliau berkata, untuk tempoh yang sama juga iaitu antara Januari tahun ini hingga kelmarin, seramai 11,650 warga asing yang terdiri daripada 9,479 lelaki dan 2,171 wanita masih ditahan di depoh-depoh yang berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Terdapat beberapa kategori tahanan yang ditahan di depoh imigresen ini seperti banduan asing yang tamat hukuman penjara dan diserahkan kepada JIM (Jabatan Imigresen Malaysia) untuk urusan pengusiran ke negara asal.

“Kategori lain adalah mereka yang ditangkap atas kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 atau Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 serta kesalahan-kesalahan imigresen lain yang masih dalam siasatan kes dan tahanan warga asing yang diserahkan oleh agensi penguatkuasa lain untuk tindakan usir.

“Majoriti PATI (pendatang asing tanpa izin) ini pula terdiri daripada warga Filipina, Indonesia dan Myanmar,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, beliau meluangkan masa untuk hadir pada majlis penutupan Depot Imigresen Sementara Sungai Bakap yang beroperasi sejak lebih dua tahun lalu.

Selain depot berkenaan yang akan ditutup secara rasmi tengah malam ini dan diserahkan semula kepada pemiliknya iaitu syarikat Sri Impian Holidays and Recreation Sdn. Bhd., terdapat dua lagi depoh sementara dan 18 depot Imigresen kekal di seluruh negara ketika ini.

Mengulas mengenai Depot Imigresen Sementara Sungai Bakap katanya, sepanjang beroperasi, seramai 2,224 tahanan telah ditahan di situ dengan kehadiran 62 orang pegawai Imigresen serta dibantu oleh 32 orang pegawai RELA.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Depoh ini pada mulanya disewa untuk membantu JIM menangani isu Covid-19 khususnya dalam kalangan tahanan warga asing selain bertujuan mengatasi kesesakan di depoh-depoh lain.

“Dengan pengurangan jumlah tahanan atau PATI ketika ini, tibalah masa untuk depoh ini ditutup,” katanya yang memberitahu, buat masa ini, dua lagi depoh sementara bagaimanapun masih dikekalkan.

Jelas beliau, proses pengeluaran dokumen daripada perwakilan negara asal tahanan yang memakan masa agak lama serta tahanan yang tidak mempunyai keupayaan untuk membeli tiket pulang merupakan salah satu sebab utama seseorang tahanan itu berada lama di depoh imigresen.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Prosedur pengurusan penghantaran pulang tahanan ke negara asal adalah dengan membuat pengesahan status kewarganegaraan tahanan dengan perwakilan asing bagi urusan pengeluaran dokumen perjalanan atau pasport,” katanya.

Dalam perkembangan lain katanya, sehingga semalam iaitu 30 Mac, seramai 27,572 majikan dan 322,182 PATI telah memohon untuk mendapatkan Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK).

Pelaksanaan semula Program Rekalibrasi Tenaga Kerja dan pewujudan Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing diumumkan kerajaan awal tahun ini sebagai sebahagian daripada langkah untuk memenuhi keperluan tenaga kerja asing di negara ini. – KOSMO! ONLINE.

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement