Hi, what are you looking for?

KENAL PASTI TANDA-TANDA AWAL TANAH RUNTUH

Lifestyle

13 Tanda Awal Tanah Runtuh Yang Korang Perlu Tahu!


Berikutan berita mengenai cuaca Monsun Timur Laut yang melanda negara, sudah banyak kawasan di beberapa buah negeri mula menerima taburan hujan yang tinggi.

Keadaan ini juga telah menyebabkan berlakunya bencana alam banjir yang dapat menjejaskan kawasan dan merisikokan keselamatan penduduk. Bukan itu sahaja, turut dilaporkan beberapa kejadian tanah runtuh yang disebabkan oleh hujan berterusan.

BACA: TNB Keluarkan Senarai Kawasan Alami Gangguan Bekalan Elektrik Libatkan 58 Kawasan Di Dua Negeri

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sudah pastinya keadaan tersebut akan menimbulkan kerisauan penduduk terutamanya yang tinggal di kawasan berbukit atau bercerun supaya dapat membuat persediaan awal sekiranya ia berlaku.

Jadi, apakah yang perlu anda diketahui sekiranya bencana alam ini berlaku berdekatan di kawasan tempat tinggal mereka?

Menerusi perkongsian di laman Twitter rasmi Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG), terdapat 13 tanda-tanda awal berkemungkinan akan berlakunya bencana geologi tanah runtuh terutamanya di kawasan bercerun.

Antaranya ialah :

Advertisement. Scroll to continue reading.
  1. Permukaan membonjol di kawasan cerun
  2. Retakan muncul di kawasan cerun
  3. Berlaku resapan air
  4. Genangan air di bahagian hujung cerun
  5. Longkang rosak dan tersumbat
  6. Serpihan batu dan tanah di atas ‘berm’
  7. Lubang tangisan air terhalang
  8. Retakan muncul di kawasan tanah, bangunan dan struktur lain
  9. Berlakunya pergerakan jisim
  10. Boleh menyebabkan pagar, tembok penahan, tiang utiliti atau pokok condong atau bergerak
  11. Batu tergantung lepas di atas batu kapur
  12. Berlakunya hakisan parit
  13. Kawasan berturap seperti jalan perlahan-lahan akan berkembang dan retakan muncul di tanah

Oleh itu, orang ramai diminta berhati-hati dan sentiasa mengambil langkah penjagaan awal sekiranya berlaku di kawasan berdekatan anda.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Apa Sindrom Orang Kaku Yang Dihidapi Ce Dion? Kebiasaannya, kita sering mendengar penyakit atau sindrom str yang dikenali sebagai angin ahmar yang dialami...

Mamak News

0 PETALING JAYA – Sebuah keluarga yang mempunyai tanggungan dua orang anak atau lebih memerlukan sekurang-kurangnya RM2,000 sebulan sebagai perbelanjaan membeli barang basah atau...

Mamak News

0 Budak Empat Tahun Lompat Dari Tingkat 26 Guna Payung, Terpengaruh Teng Kartun Gara-gara terpengaruh teng kartun, seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun bertindak...

Mamak News

0 SUNGAI PETANI – Tindakan seorang pemandu Grab berhenti di luar lorong kecemasan mengundang padah apabila dia maut dilanggar sebuah lori dalam kemalangan di...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications