Hi, what are you looking for?

Lifestyle

14 Jam Berenang Redah Ombak Setelah Jatuh Bot, Nelayan Dari Sabah Ini Berjaya Selamatkan Diri


Nelayan berjaya selamatkan diri setelah bertarung nyawa dengan ombak kuat.

14 Jam Berenang Redah Ombak Setelah Jatuh Bot, Nelayan Dari Sabah Ini Berjaya Selamatkan Diri. Dilaporkan bahawa seorang nelayan telah berjaya menyelamatkan dirinya mengharungi ombak kuat dan berenang 14 jam selepas terjatuh ke dalam laut di perairan Mengalum dan Pulau Gaya, Sabah.

Al Sipal Abdullah berusia 30 tahun telah berkongsi pengalaman mengerikannya itu, di mana kejadian berlaku apabila cuaca tiba-tiba bertukar buruk sebelum ombak memukul bot pam yang dinaikinya.

14 Jam Berenang Redah Ombak Setelah Jatuh Bot, Nelayan Dari Sabah Ini Berjaya Selamatkan Diri
14 Jam Berenang Redah Ombak Setelah Jatuh Bot, Nelayan Dari Sabah Ini Berjaya Selamatkan Diri. Kredit foto: Utusan Borneo

Cuaca elok bertukar buruk

Sebelum kejadian, Al Sipal bersama dua lagi rakannya turun ke laut seperti biasa pada jam 4 pagi bagi mencari rezeki. Pada awalnya cuaca elok sahaja sebelum ia bertukar buruk.

Angin kencang serta laut bergelora memukul bot yang dinaikinya sehingga membuatkan Al Sipal hilang kawalan sehingga terjatuh dari bot.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebaik sahaja jatuh ke laut, dia berusaha mengejar bot yang bergerak berikutan keadaan enjin yang masih hidup. Namun, arus ombak yang kuat telah melambatkan pergerakannya sehinggalah bot terbabit hilang dari pandangannya.

Kemudian, Al Sipal mengambil keputusan untuk berhenti mengejar bot dan mengurangkan pergerakan bagi menyimpan tenaga dan berusaha berenang ke arah daratan. Bernasib baik, keadaan angin kuat dan arus semasa keadaan air pasang menghala ke daratan dan dia hanya perlu berenang perlahan-lahan mengikuti arah arus ombak tersebut.

14 Jam Berenang Redah Ombak Setelah Jatuh Bot, Nelayan Dari Sabah Ini Berjaya Selamatkan Diri
Gambar sekadar hiasan

Jaket keselamatan bertambah berat

Walaubagaimanapun, selepas hampir 2 jam berenang, keadaan jaket keselamatan yang digunakannya bertambah berat gara-gara ia sudah tamat tempoh. Perjalanannya ke darat itu dicabar lagi apabila dia digigit oleh sotong.

Sotong jenis torak dengan panjang empat inci yang mengigitnya itu kemudiannya dijadikan santapannya kerana dia sudah terlalu lapar dan memerlukan tenaga untuk meneruskan perjalanannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Apabila keadaan di lautan mulai gelap dia hanya berenang berpandukan arah lampu kapal yang berlabuh di bahagian belakang perairan Pulau Sepanggar.

Kelibatnya akhirnya berjaya dikesan oleh kru kapal pelantar berhampiran sebelum mereka menyelamatkannya dan membawanya naik ke atas kapal terbabit kira-kira jam 11.30 malam.

Kru kapal terbabit kemudiannya menghubungi keluarganya sebelum dia dijemput oleh ahli keluarganya tidak lama selepas itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.
14 Jam Berenang Redah Ombak Setelah Jatuh Bot, Nelayan Dari Sabah Ini Berjaya Selamatkan Diri
Kredit foto: Utusan Borneo

Keluarga bersedih dengan kehilangannya

Terdahulu kehilangan Al Sipal di lautan disedari dua rakannya yang mengesan bot pam beliau berpusing tanpa juragan pada jam 10 pagi lalu memaklumkan kejadian kepada ahli keluarganya sebelum membuat laporan polis pada jam 3 petang.

Salah seorang sepupunya, Sahidjuan Abdul Rahim semasa dihubungi berkata sebaik menerima berita kehilangan Al Sipal itu semua ahli keluarganya bersedih tambah-tambah lagi hanya ikan yang dibawa balik tanpa sepupunya.

Pencarian Al Sipal pula tidak dapat dilaksanakan kerana keadaan cuaca yang amat buruk di mana hujan yang turun secara lebat. Kejayaan Al Sipal menyelamatkan dirinya sendiri merupakan satu keajaiban dan telah membuatkan semua keluarga dan rakannya dapat menarik nafas lega.

Dalam masa yang sama, Al Sipal memberi pesanan buat para nelayan di Sabah agar berhati-hati terutamanya pada musim cuaca yang amat buruk ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Lagi berita terkini buat anda di sini:

Artikel asal oleh: iloveborneo.my

Teruskan Membaca

Mamak News

0 PUTRAJAYA – Jabatan Insolvensi Malaysia sedang merangka beberapa cadangan pindaan terhadap Akta Insolvensi 1967 (Akta 360) bagi menambah baik sistem pentadbiran kebankrapan termasuk...

Mamak News

0 Sering Kena Maki Dan Paksa Buat “OT”, Lelaki Nekad Tikam Bos Hingga Mati Seorang pengawal keselamatan didakwa menikam bosnya hingga mati kerana memaksanya...

Mamak News

0 JAKARTA: Perhimpunan Advat Indonesia (Peradi) bekerjasama dengan Majlis Peguam Malaysia dalam usaha memajukan peranan masing-masing di persada antarabangsa. Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi...

Lifestyle

0 Menang kambing dari pertandingan Lato-Lato. Juara Main Lato-Lato 2 Jam Tanpa Henti, Kanak-Kanak Dari Indonesia Ini Dihadiahkan Kambing. Amat tular di Indonesia, Lato-Lato...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications