Hi, what are you looking for?

14 Peratus Jemaah Umrah Dikesan Tiada Vaksinasi

Covid-19

14 Peratus Jemaah Umrah Dikesan Tiada Vaksinasi


KUALA LUMPUR – Siasatan awal Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati sebanyak 14 peratus daripada 122 jemaah umrah yang positif jangkitan Covid-19 varian Omicron tidak mengambil vaksinasi.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, perkara itu menunjukkan berlaku ketidakpatuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang dikenakan ke atas jemaah umrah.

“Sepatutnya hanya yang divaksinasi dibenarkan pergi (menunaikan umrah). Kita akan bincang dengan kementerian terlibat supaya agensi pelancongan dapat patuh dengan syarat kita letakkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kita juga sedang siasat sama ada mereka ini (tidak divaksinasi) disebabkan faktor kesihatan atau memang enggan divaksinasi,” katanya pada sidang akhbar di Parlimen di sini hari ini.

Terdahulu, Khairy Jamaluddin berkata, Kabinet telah mengarahkan supaya penangguhan sementara kebenaran perjalanan mengerjakan umrah diteruskan untuk tempoh sebulan bagi membuat penilaian risiko.

Menurut beliau, penilaian risiko semasa di dalam dan luar negara khususnya di Arab Saudi akan dijalankan dari semasa ke semasa bagi mempertimbangkan pembukaan semula perjalanan ke Tanah Suci.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kata beliau, kerajaan Malaysia akan turut berbincang dengan kerajaan Arab Saudi dan konsulat di negara tersebut untuk memperketatkan SOP sedia ada.

“KKM bersama agensi berkaitan akan kemas kini SOP umrah termasuk pengambilan dos penggalak sebagai syarat mengerjakan umrah, pengurusan kes dan kontek rapat di Arab Saudi.

“Pemantuan status kesihatan, memperkukuhkan tanggungjawab kepada agensi pelancongan dan memastikan pematuhan SOP umrah oleh jemaah dan petugas umrah serta melaporkan kes positif dan kontek rapat kepada KKM,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Khairy Jamaluddin berkata, kerajaan sedang berbincang dengan pihak berkaitan berhubung penjadualan semula perjalanan umrah atau bayaran balik bagi jemaah yang terkesan.

Terdahulu, beliau menafikan berlaku pilih kasih berhubung sekatan ke atas perjalanan ke Tanah Suci berbanding perjalanan ke negara lain.

Jelas beliau, kes positif Covid-19 tanpa mengira varian paling banyak di kesan di Pintu Masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dalam kalangan jemaah umrah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kata beliau, kes varian Omicron juga paling banyak datang daripada jemaah umrah, maka kerajaan terpaksa membuat keputusan menangguhkan sementara perjalanan bagi menunaikan ibadah tersebut.

Kata beliau, maklumat terbaru menunjukkan sebanyak 29 daripada 44 kes positif varian Omicron jangkitan import yang dikesan masih dari Arab Saudi. – K! ONLINE

Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Budak Empat Tahun Lompat Dari Tingkat 26 Guna Payung, Terpengaruh Teng Kartun Gara-gara terpengaruh teng kartun, seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun bertindak...

Mamak News

0 SUNGAI PETANI – Tindakan seorang pemandu Grab berhenti di luar lorong kecemasan mengundang padah apabila dia maut dilanggar sebuah lori dalam kemalangan di...

Mamak News

0 Rumah Kongsi Lapan Pintu Musnah Dalam Kebakaran MELAKA, 29 Mei (Bernama) — Sebanyak lapan pintu rumah kongsi berkeluasan 3,962 meter persegi di sebuah...

Mamak News

0 PASIR PUTEH – Kegembiraan seorang remaja yang mandi bersama empat rakannya di air terjun Jeram Linang di sini bertukar tragedi apabila dia tergelincir...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications