Hi, what are you looking for?

Mamak News

14 rentung kelab malam terbakar di Thailand


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

BANGKOK: Sekurang-kurangnya 14 orang maut dan 40 cedera apabila sebuah kelab malam terbakar pada awal pagi semalam.

Menurut pihak berkuasa, kebakaran itu berlaku kira-kira pukul 1 pagi waktu tempatan di Kelab Mountain B di daerah Sattahip di wilayah Chonburi, 150 kilometer ke selatan Bangkok.

Rakaman video menunjukkan pengunjung lari bertempiaran bagi menyelamatkan diri ketika kebakaran berlaku.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Antara mangsa yang terkorkan termasuk empat wanita dan sembilan lelaki.

Kebanyakan mayat ditemukan berhimpit-himpit di pintu masuk dan di dalam tandas, dengan badan mereka melecur teruk.

Kesemua mangsa merupakan rakyat Thailand.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jurucakap polis, Boonsong Yingyong berkata, siasatan akan dilakukan bagi mengenal pasti punca kebakaran.

Insiden itu menyebabkan pelbagai pihak menzahirkan kebimbangan mengenai pendekatan kesihatan dan keselamatan di bar dan kelab malam di negara ini.

Pada 2009, seramai 67 orang terbunuh dan lebih 200 cedera apabila kelab malam di Bangkok terbakar ketika sambutan malam Tahun Baharu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pemilik kelab malam tersebut dipenjara selama tiga tahun berikutan kebakaran itu. – AFP


Sumber: Utusan Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KUCHING – Terdapat empat buah lagi Poliklinik Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kini dalam pelbagai peringkat pembangunan, di...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. SERDANG – Kaedah menanam tumbuhan menjalar menjadi lebih mudah dengan menggunakan sistem canopytechture yang bukan sahaja mencantikkan laman,...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. BEIJING: Latihan ketenteraan China di sekitar Taiwan mencetuskan pelbagai persoalan termasuk adakah negara itu sudah bersedia untuk menyerang...

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. ISKANDAR PUTERI – Johor Darul Ta’zim (JDT) menepati ramalan untuk melangkah ke pentas akhir Piala FA selepas kenduri...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications