Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Sukan

15 pemain NSFC positif Covid-19, aksi menentang TFC ditunda


SERAMAI 15 pemain Negeri Sembilan FC disahkan positif Covid-19  yang menyaksikan perlawanan kedua skuad bimbingan K Devan di tempat lawan menentang Terengganu FC, malam esok di tunda ke tarikh baharu.

Menerusi kenyataan dikeluarkan Liga Bolasepak Malaysia (MFL)  perlawanan Liga Super yang menemukan Terengganu FC (TFC) dan Negeri Sembilan FC (NSFC) di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada 9 Mac 2022 (Rabu) terpaksa ditunda ke tarikh baharu.

“Ia susulan seramai 15 pemain dan pegawai NSFC telah disahkan positif Covid-19 sekali gus perlawanan kedua-dua pasukan itu dalam pusingan pertama Piala FA 2022 pada 13 Mac 2022 (Ahad) di venue yang sama juga terpaksa ditunda.

“MFL ingin menzahirkan rasa simpati kepada barisan pemain dan pegawai NSFC yang disahkan positif Covid-19 dan semoga mereka akan kembali sembuh,” ujar kenyataan tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Keputusan ini menyaksikan skuad bimbingan Nafuzi Zain masih belum lagi beraksi dałam saingan sebenar selepas sebelum ini aksi menentang Sri Pahang FC juga terpaksa ditunda ekoran Covid-19.

Bagi NSFC pula hasrat untuk melakar kemenangan kedua selepas menewaskan Sabah FC pada aksi pembuka tirai kejohanan Liga Super 2022 tidak kesampaian.

Perlawanan kedua-dua pasukan itu dalam pusingan pertama Piala FA di venue yang sama, Ahad ini juga terpaksa ditunda.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement