Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Kesihatan

15 Perkara Yang Ibu Bapa Perlu Tahu Mengenai Rawatan ‘Braces’ Atau Pendakap Gigi


Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak mereka dalam setiap aspek termasuklah bidang pendidikan mahupun kesihatan.

Namun, didapati segelintir ibu bapa lebih suka mengikut trend dan tidak memahami keperluan sebenar anak mereka.

Pemakaian braces atau pendakap gigi di klinik kerajaan atau swasta misalnya, ramai ibu bapa tidak tahu yang ia sebenarnya menelan belanja yang banyak serta memakan masa bertahun-tahun.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Adakah ianya satu keperluan atau hanya untuk bermegah-megah? Bagaimana pula dengan anak mereka itu sendiri? Adakah mereka memang nak pakai braces, atau ibu bapa mereka yang ‘lebih-lebih’?

Perkara ini ditegur oleh seorang doktor gigi, Dr Iqbal Rosali melalui satu hantaran yang dibuatnya di Facebook berikut.

| Kampungmamakcom Iqbal Rosali

Salah satu permintaan bila mak ayah bawa anak ke klinik gigi ialah anak hendak pasang braces.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sedikit penerangan berkenaan rawatan braces atau pendakap gigi ini.

  1. Pastikan anak dan ibu bapa tahu keperluan memakai braces ini. Bukan main pakai sahaja. Keperluan ini termasuklah kemahuan anak itu sendiri. Kebanyakan kes, ibu bapa yang risau lebih-lebih gigi anak tak cantiklah, sengetlah.
  2. Ibu bapa kenalah faham. Pakai braces ini bukan senang. Perlu ajar anak itu betul-betul untuk jaga gigi itu, tambahan pula bila sudah ada braces. Sebab itu kalau anak tak mahu, ibu bapa tak perlu paksa-paksa.
  3. Itu belum kira sakit gigi selepas setiap kali temujanji. Selepas dawai diketatkan untuk menggerakkan gigi. Anak perlu bersedia untuk semua itu. Bukan menakutkan tapi itulah realiti.
  4. Memakai braces bukan dan jangan ikut trend. Pakai braces juga bukan untuk menunjuk-nunjuk apatah lagi sebagai tayangan seolah-olah pakai braces adalah simbolik orang banyak duit.
  5. Perkara paling utama adalah kebersihan gigi dan mulut. Bukan tak boleh pasang, tapi kalau sebelum pasang braces banyak plak dan gigi berlubang, macam manalah agaknya nak guna berus interdental sedangkan gunakan berus gigi biasa itu pun payah sekali.
  6. Ibu bapa juga perlulah faham prosedurnya dahulu. Untuk pasang braces, perlulah dirujuk dari klinik pergigian primer. Bawa anak periksa gigi di klinik gigi di mana-mana klinik kesihatan. Di situ, kita akan periksa keadaan gigi adakah elok semuanya, tak ada rosak, tak ada karang gigi.
  7. Jika ada gigi rosak atau karang gigi, kita perlu bersihkan itu dahulu. Bukan menonong mahu braces semata-mata.
  8. Kita juga akan periksa keperluan untuk pakai braces menggunakan jadual penunjuk disebut sebagai Indeks Keperluan Rawatan (Index of Treatment Needs – IOTN). Indeks ini mengandungi lima (5) gred. Gred 1 – masalah pada fungsi dan kesihatan gigi yang minima manakala gred 5 – paling teruk.
  9. Sedikit penerangan berkenaan indeks ini. Jika cuma indeks 1 dan 2, maknanya susunan gigi tidak teratur cuma minima. Tidak perlu pakai braces pun. Indeks 3 anda sesuai untuk dirujuk bagi mendapatkan konsultasi. Indeks 4 dan 5 yang menjadi keutamaan kerana jika tidak dirawat boleh menyebakan kesan yang lebih teruk lagi.
  10. Banyak juga kes di mana keadaan gigi anak-anak itu cuma pada indeks 1 atau 2. Jadi mereka ini sebenarnya tidak perlukan braces kerana susunan gigi yang tidak disukai itu hanyalah minima. Setidak-tidaknya untuk dirujuk ke klinik pakar orthodontik kerajaan. Di klinik swasta, boleh sahaja pergi.
  11. Bukan kita tidak mahu rujuk semua pesakit ke klinik pakar. Bukanlah kami macam berlagak pandai lebih dari pakar. Tapi percayalah, kalau dirujuk ke pakar sekalipun keputusannya tetap sama. Indeks 1 dan 2 tidak perlukan braces.
  12. Bagi yang berjaya dirujuk, anda juga perlu tahu rujukan itu hanyalah untuk konsultasi. Pakar akan beritahu apa masalah gigi, apa rancangan rawatan, perlu ke tak braces, perlu ambil radiograf, perlu ambil acuan mulut dan sebagainya. Ibu bapa jangan meletakkan harapan dapat sahaja rujukan terus boleh buat rawatan. Jangan. Konsultasi ini penting. Tanyalah banyak-banyak pada pakar. Bukan senang nak dirujuk.
  13. Seperkara lagi, selepas konsultasi dengan pakar, bukan terus dapat pasang braces. Perancangan ke arah memakai braces perlu teliti. Kalau ada gigi tak keluar, kena tarik keluar. Kalau ada gigi perlu cabut, kena cabut dahulu.
  14. Sebelum terlupa, ingatlah, dan ketahuilah, senarai menunggu di klinik pakar orthodontik sangat panjang. Sekarang dapat konsultasi, 2-3 tahun lagi baru dipanggil lagi untuk mulakan rawatan. Kena tahu dan faham tentang ini.
  15. Kata pendek penerangan. Sampai juga point 15. Okaylah. Sebagai penutup, apa yang penting, kebersihan mulut itu perlu diutamakan. Tidak kiralah susunan gigi cantik atau berterabur, gosok gigi tetap 2 kali sehari dan berjumpa doktor gigi 2 kali setahun.

Iqbal Rosali
Doktor gigi yang ada gigi senget.
Pernah dicadangkan pakar untuk pasang braces.
Syukur dengan kehenseman sedia ada.

Sumber & kredit foto: Facebook Iqbal Rosali

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Hiburan

3s PETALING JAYA – “Lawan tetap lawan.” Demikian luahan wanita bernama Nazatul Nazira yang berdepan saman daripada pelakon, Puteri Sarah membabitkan tuntutan berjumlah RM1...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Pengacara dan pelakon, Elly Arifin memberi amaran kepada individu biadab agar menghentikan perbuatan jijik mengirimkan gambar alat sulit atau berdepan...

Sukan

3s SEPANG – Juara lapan kali Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP), Marc Marquez mengakui masih belum dapat menyesuaikan diri sepenuhnya dengan jentera Ducati bagi mengharungi...

Hiburan

3s PETALING JAYA – “Lebih baik tanya Norman sendiri.” Demikian jawapan diberikan bapa tiri kepada pempengaruh, Marissa Dania Hakim, 19, iaitu Muhammad Faizal Zakaria...

Advertisement