Hi, what are you looking for?

Sukan

16 pasukan rebut kejuaraan kebangsaan PUBGM


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

PETALING JAYA – Debaran kian terasa selepas 16 pasukan sudah memastikan tempat dalam saingan Malaysia Esports League 2022 (MEL22) peringkat kebangsaan menerusi kategori PlayerUnknown’s Battlegrounds Mobile (PUBGM).

Pengelola kejohanan, Esports Integrated (ESI) berkata, 16 pasukan bakal bersaing sesama mereka pada MEL22 peringkat kebangsaan yang dijadualkan berlangsung di ESI Hub, Spacerubix Puchong bermula 26 Oktober hingga 2 November depan.

Menawarkan hadiah terkumpul berjumlah RM299,500, MEL22 merupakan salah satu langkah ESI bagi meneruskan kesinambungan Pelan Pembangunan Strategik Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk Pembangunan Sukan Elektronik.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Edisi kedua MEL telah bermula dari 12 September hingga 3 Disember 2022 dan menawarkan hadiah terkumpul berjumlah RM299,500. MEL22 diperluaskan dengan dua tajuk permainan baharu selain menambah kategori daripada empat kepada tujuh termasuk penyertaan orang kelainan upaya (OKU).

“MEL22 dibahagikan kepada tiga siri iaitu Siri MEL22 Regular yang terdiri daripada Liga Negeri MEL22 dan Kebangsaan MEL22 menerusi tiga tajuk permainan seperti PUBGM, Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) serta Garena Free Fire (FF).

“Sementara itu, bagi siri terbuka MEL22, ia menampilkan tiga tajuk permainan, iaitu Dota 2, FIFA23 dan Valorant manakala kategori Para MEL22 akan diumumkan dalam masa terdekat menerusi laman media sosial ESI,” kata ESI menerusi satu kenyataan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tambah ESI, matlamat penganjuran kejohanan tersebut, khususnya bagi Siri MEL22 Regular, ia adalah bagi menyediakan platform kepada penggiat e-Sport di peringkat akar umbi bagi menguji kemampuan di peringkat lebih tinggi.

“Pemain-pemain Siri MEL22 Regular berpeluang untuk bersaing di peringkat negeri dan kemudian mewakili negeri masing-masing bagi beraksi di playoff kebangsaan. Selepas itu, pemenang-pemenang MEL22 Kebangsaan berpeluang menyertai Kejohanan Esukan Malaysia 2022/2023 (MEC 2022/2023).

“Bagi Siri Terbuka MEL22, ia adalah kejohanan terbuka untuk semua pemain tidak mengira peringkat termasuk amatur, semi-pro mahupun profesional manakala Para MEL22 adalah kesinambungan daripada kejohanan OKU,” ujarnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagi sesiapa yang berminat, pendaftaran masih dibuka bagi kategori Free Fire, Dota 2, FIFA23, Valorant serta Para MEL22-MLBB dan anda boleh melayari laman web www.esukan.gg untuk maklumat lanjut.

Pasukan berjaya memenangi MEL22 Peringkat Liga Negeri:

1. Pulau Pinang: Agent in Pyjamas
2. Selangor: HK Nemesis
3. WP Putrajaya: Anti Circle
4. Kelantan: DBD Academy
5. Melaka: DBD Comeback
6. Johor: Team Dingin
7. Sarawak: Miri MOB Borneo
8. Kedah: DBD Glazer
9. Perak: EDRA Ares
10. WP Kuala Lumpur: Nemesis
11. Pahang: LX FTSLR
12. Terengganu: Tomyam Reborn
13. Negeri Sembilan: AE N9K
14. WP Labuan: RHG Rogue
15. Sabah: Ivict Star Elite

Advertisement. Scroll to continue reading.

-KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal. Pesanan penting buat ibu ayah,...

Hiburan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – Akaun Instagram milik Nabila Razali mencetuskan tanda tanya selepas penyanyi itu meninggalkan gambar berbentuk kolaj...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. IPOH – Tiga suspek kes samun dan tetak seorang peniaga menggunakan parang dan pedang dalam kejadian di Pasar...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. NEW DELHI: Seorang lelaki membakar diri sehingga mati di selatan India sebagai bantahan terhadap cadangan kerajaan yang ingin...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications