Hi, what are you looking for?

#image_title

Lifestyle

17 Projek Rumah Mampu Milik Bakal Dilaksanakan


1,481 unit rumah mampu milik bakal dibangunkan

Bajet Sarawak 2024: 17 Projek Rumah Mampu Milik Bakal Dilaksanakan. Sarawak menerusi Bajet 2024 akan melaksanakan 17 projek perumahan mampu milik dengan peruntukan keseluruhan RM105 juta.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam pembentangan bajet di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini berkata, projek secara keseluruhan melibatkan sebanyak 1,481 unit rumah.

Bajet Sarawak 2024 17 Projek Rumah Mampu Milik Bakal Dilaksanakan

“Projek Perumahan mampu milik ini akan dilaksanakan di Kuching, Limbang, Miri, Betong, Mukah dan Sarikei.

“Ia akan mengguna pakai kaedah `Industrial Building System’ bagi mempercepatkan pembinaannya,” kata Abang Johari.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain rumah mampu milik, tambah beliau, kerajaan juga menyediakan kemudahan pinjaman bagi membantu rakyat khususnya golongan miskin dan B40.

Bagi tujuan tersebut, jelas Abang Johari, sejumlah RM122 juta telah diperuntukkan kepada

Mutiara Mortgage and Credit Sdn Bhd bagi memudahkan pembiayaan perumahan.

Dalam ucapan yang sama, Abang Johari memaklumkan sejumlah RM50 juta diperuntukkan menerusi Bajet 2024 bagi meneruskan Skim Pinjaman Rumah Panjang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Menerusi skim pinjaman rumah panjang pada 2023, sebanyak 78 rumah panjang yang melibatkan 1,698 pintu rumah mendapat manfaat,” katanya.

Sementara itu beliau turut mengumumkan peruntukan RM166 juta menerusi Bajet 2024 bagi meneruskan Skim Penempatan Semula (SPS) dan Skim Pembesaran Kampung (SPK).Kata Abang Johari, dalam Rancangan Malaysia Ke-12 dan peruntukan Projek Rakyat, sebanyak 65 projek SPS/SPK yang baharu telah diluluskan.

Menurut beliau, ia menyediakan 7,035 lot rumah dengan anggaran kos RM1,134 juta.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Daripada jumlah 65 projek ini, 12 sudah siap dan baki 53 projek diteruskan hingga penghujung tahun 2025,” kata Abang Johari.

Baca lagi artikel menarik:

Artikel asal oleh: iloveborneo.my

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Petinju Muay Thai Malaysia Tumbangkan Lawan Dalam Tempoh 36 Saat BANGKOK, 10 Dis (Bernama) — Petinju muay thai negara Johan Ghazali mendominasi lawannya dalam...

Lifestyle

0 Lagi menu sarapan ‘lejen’ di Kuching Legend Di Kuching, Mi Jawa Rabak Ini Jadi Menu ‘Breakfast’ Kegemaran Penduduk Tempatan. Hari ini, kami akan...

Mamak News

0 Anjing Sakit Gusi, Punca Kejadian Tayar Pancit Di Itali Sejak bulan Julai yang lalu, penduduk di pekan Vastogirardi, Itali mengalami masalah tayar pancit...

Mamak News

0 Dua Petani Maut Disambar Petir Ketika Berteduh Di Pond Dua orang petani maut disambar petir ketika sedang berteduh di pond berhampiran sebidang sawah...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications