Hi, what are you looking for?

#image_title

Hiburan

17 tahun cari reda Tuhan, Sakti SO7 kembali ‘berkonsert’


SELEPAS 17 tahun ‘berhijrah’ dengan mencari reda Allah SWT, bekas gitaris kumpulan muzik terkenal Indonesia, Sheila On 7 (SO7), Sakti yang kini dikenali sebagai Salman Al Jugjawyy akan kembali menggegarkan pentas seni apabila bakal menjayakan konsert Tombo Ati Ridho Ilahi – Opick & Sakti Live In Kuala Lumpur, di Zepp Kuala Lumpur, malam esok.

Konsert dakwah yang dibawakan khas Icon Entertainment itu sekali gus menjadi kemunculan pertama gitaris itu, selepas tekad meninggalkan dunia muzik untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik ke jalan Allah.

Ujar Sakti atau nama sebenarnya Saktia Ari Seno, konsert tersebut bukan sekadar menyajikan hiburan kosong, sebaliknya dia mahu menggunakan peluang tersebut untuk memberi kebaikan dengan menyebarkan dakwah kepada peminatnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Konsert yang berlangsung nanti bukan semata-mata untuk berhibur. Tetapi saya berharap penonton yang hadir mendaoat manfaat dan keberkatan daripada Allah SWT.

“Insya-Allah, saya akan bermain gitar di atas pentas dengan niat untuk menyebarkan kasih sayang dan kebaikan. Saya tidak mahu sekadar menyanyi sambil memetik gitar semata-mata.

“Apabila konsert selesai, penonton tidak mendapat apa-apa kecuali hiburan kosong. Mungkin saya boleh kongsi amalan yang sesuai kepada penonton ketika membuat persembahan,” ujarnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kolaborasi pemain gitar berusia 43 tahun itu, akan menambah magis di sebalik alunan merdu dan mendamaikan vokal penyanyi, Opick yang turut serta menjayakan konsert tersebut.

Sakti percaya, gabungan bersama penyanyi berusia 46 tahun itu akan membuahkan hasil dengan niatnya yang sebenar.

“Sebagai mantan pemain gitar secara komersial, lamaran untuk ikut terlibat dalam konsert Tombo Ati Ridho Ilahi ini sejujurnya agak menakutkan kerana sudah berbelas tahu saya tidak ‘bermain’ di atas pentas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Namun pada akhirnya, setelah difikirkan semula, saya hanya mahu sama-sama menyebarkan dakwah dengan cara paling ‘tidak menakutkan’. Saya mahu memberi manfaat kepada semua,” jelasnya.

Bagi penyanyi Opick yang terkenal dengan karya hitnya seperti Dealova, Shollu Ala Muhammad, Di Bawah Langit Mu, Cahaya, Ya Rasul dan Semesta Bertasbih, dia menyambut lamaran pihak penganjur dengan senang hati, lebih-lebih lagi apabila mengetahui rakan yang akan mengiringi persembahannya nanti adalah Sakti.

“Konsert ini akan menjadi kenangan peribadi yang indah buat diri saya kerana bertemankan Sakti di atas pentas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Sama seperti Sakti, persembahan ini bukan untuk melalaikan, tetapi bakal membawa kita merasai kedamaian dengan deretan karya-karya berbentuk kerohanian yang akan dipersembahkan nanti,” jelasnya.

Selain Sakti dan Opick sebagai teraju utama, konsert Tombo Ati Ridho Ilahi – Opick & Sakti Live In Kuala Lumpur turut menampilkan persembahan daripada Nur Fazura, Zizi Kirana, UNIC, Adi Priyo dan Yabang Khalifah.

Tiket konsert Tombo Ati Ridho Ilahi – Opick & Sakti Live In Kuala Lumpur yang berlangsung pada 8.30 malam di Zepp Kuala Lumpur, masih boleh dibeli bermula pada harga RM228 (Cahaya Terang), RM268 (Dealova), RM288 (Buat Aku Tersenyum), RM308 (Tombo Ati) & RM4,888 (Di Bawah Langitmu) di www.ticket2u.com.my/opickdansakti, atau juga boleh dibeli secara ‘walk-in’, esok. – KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Teruskan Membaca

Mamak News

0 TOKYO: Sebuah kilang pembuatan Jepun mendapat perhatian warga net baru-baru ini kerana mengeluarkan produk tukul berbentuk seperti pisang sebenar. Kilang besi Ikeda yang...

Mamak News

0 Bantuan Kepada Penduduk Palestin Di Gaza Tidak Cukup – PBB WASHINGTON, 30 Nov (Bernama-AA) — Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres...

Hiburan

0 PETALING JAYA – “Selepas jadi bapa, rasa muda semula (ketawa). Demikian respons rawak hero Malaya, Remy Ishak apabila disuakan pertanyaan bagaimana perasaan selepas...

Sukan

0 MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berharap ‘perang’ yang tercetus antara Pesuruhjaya Sukan, Suhardi Alias dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) tidak berterusan sepanjang...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications