Hi, what are you looking for?

Mamak News

18 Terbunuh Dalam Serangan Ketika Solat Jumaat Di Masjid Nigeria


18 Terbunuh Dalam Serangan Ketika Solat Jumaat Di Masjid Nigeria

ABUJA, Nigeria — Sekurang-kurangnya 18 orang dilaporkan terbunuh dalam serangan di masjid di negeri Zamfara pada Jumaat, lapor Agensi Anadolu.

Menurut laporan media tempatan, penyerang yang menyamar menjadi sebahagian daripada jemaah telah melepaskan tembakan ke arah jemaah yang sedang berkumpul untuk menunaikan solat Jumaat dengan menggunakan senapang jenis AK 47 di wilayah Ruwan Jema.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Susulan serangan itu juga, ramai yang dilaporkan mengalami kecederaan dalam insiden itu.

Menurut Jurucakap Polis Zamfara, Muhammad Shehu berkata, dia mengesahkan serangan tersebut tetapi jumlah kematian masih belum dapat dikenal pasti.

Sementara itu, Presiden Nigeria, Muhammadu Buhari telah memaklumkan tentang pengharaman aktiviti perlombongan di negeri itu atas faktor keselamatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada 26 Jun lalu, Gabenor Negeri Zamfara, Bello Matawalle telah menggesa rakyatnya untuk membuat persiapan senjata bagi mempertahankan diri sekiranya diserang kumpulan bersenjata.

Tambahan lagi, kerajaan negeri telah melaporkan bahawa anggota kumpulan bersenjata yang ditangkap atas kesalahan keselamatan bakal dihukum mati.

Negeri Zamfara telah menjadi medan pertempuran antara Fulanis dan puak yang mencari rezeki dalam sektor pertanian sejak lima tahun terakhir.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, sebuah serangan dipercayai telah dilakukan oleh pengganas di Masjid Jumaat di Bandar Zugu yang telah menculik 45 jemaah pada tiga minggu lalu.

Sumber: Agensi Anadolu

BACA JUGA: 18 Terbunuh Dalam Serangan Bom Ketika Solat Jumaat Di Masjid Afghanistan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement