Hi, what are you looking for?

Mamak News

1,864 Ekor Babi Ternakan Ladang Komersial Di Paya Mengkuang Positif ASF Dimusnahkan


MELAKA, 8 Jan (Bernama) — Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) mengesahkan penyakit Demam Babi Afrika (ASF) telah menjangkiti 16 ladang babi komersial di Paya Mengkuang di Masjid Tanah, di sini.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar Dr Norlizan Mohd Noor berkata bagi mengawal dan mencegah rebakan penyakit ASF, JPV telah menguatkuasakan ‘stamping out policy’ menerusi pemusnahan babi ladang yang telah disahkan positif ASF.

“Pemusnahan babi itu juga menggunakan kaedah gas CO2 (berkepekatan tinggi) berasaskan garis panduan Kod Amalan Kebajikan Haiwan-Pengurusan Pelupusan Haiwan, sebelum ditanam secara sempurna.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Sehingga semalam sejumlah 1,864 ekor ternakan babi yang disahkan positif ASF di kawasan Paya Mengkuang itu juga telah dimusnahkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Norlizan berkata aktiviti pemantauan, pemeriksaan klinikal dan persampelan semua ladang ternakan babi di Paya Mengkuang terus aktif dijalankan bagi mengesan jangkitan penyakit ASF di semua 35 ladang babi di kawasan tersebut.

Beliau berkata aktiviti pemantauan dan pemeriksaan juga diaktifkan melibatkan semua ladang penternakan babi di seluruh negara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Penternak dan orang awam diminta segera melaporkan sebarang kematian pada babi hutan, babi kampung atau babi komersial kepada Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah (PPVD) atau Pejabat Perkhidmatan Veterinar Negeri yang berdekatan atau menerusi hotline Bilik Pengurusan Krisis Penyakit, Ibu Pejabat Perkhidmatan Veterinar Putrajaya (03-88702041),” katanya.

Sumber: BERNAMA

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Sukan

0 PASUKAN Selangor FC dijangka dapat menggunakan ‘rumah baharu’ mereka, Kompleks Sukan Shah Alam seawal musim 2027 selepas mercu tanda baharu ne­geri Selangor itu...

Mamak News

0 PETALING JAYA – Kementerian Pertahanan bersetuju untuk meneruskan perolehan kumpulan pertama projek kapal tempur pesisir (LCS) seperti dalam perancangan sebelum ini. Bagaimanapun kata...

Mamak News

0 KUALA LUMPUR, 30 Jan (Bernama) — Perolehan kumpulan pertama kapal tempur pesisir (LCS) dikurangkan daripada enam kepada lima unit selepas permohonan meneruskan projek...

Mamak News

0 JAKARTA: Seorang pelancong dari Brazil ditahan polis Bali selepas didapati menyeludup dadah jenis kain seberat 3.9 kilogram (kg).  Gadis berusia 19 tahun itu...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications