Hi, what are you looking for?

#image_title

Lifestyle

20 Jam Bertarung Nyawa, Penghantar Makanan Maut Dirempuh Kereta Di Kota Kinabalu


Mangsa alami kecederaan serius di kepala

20 Jam Bertarung Nyawa, Penghantar Makanan Maut Dirempuh Kereta Di Kota Kinabalu. Seorang penghantar makanan maut selepas motosikal ditunggangnya bergesel dengan sebuah kereta di Jalan UMS, berhampiran 1B, pagi semalam.

Mangsa Lawrence Medi, 43, meninggal dunia di Hospital Likas, jam 12.45 tengah hari tadi, selepas kira-kira 20 jam bertarung nyawa akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

20 Jam Bertarung Nyawa, Penghantar Makanan Maut Dirempuh Kereta Di Kota Kinabalu. Kredit: The Borneo Post

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Kalsom Idris berkata, kejadian kemalangan jam 4.25 petang membabitkan penunggang motosikal yang bekerja sebagai e-hailing dengan sebuah kereta jenis Honda Civic.

Katanya, siasatan awal di tempat kejadian mendapati pemandu Honda Civic lelaki berusia 27 tahun dari arah One Sulaman menuju ke Likas.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, ketika itu kereta Honda Civic di lorong kanan dan apabila terdapat sebuah kenderaan lain di hadapannya bergerak perlahan, pemandu terbabit menukar ke lorong tengah untuk memotong lalu tiba-tiba bergesel di bahagian tepi belakang sebelah kiri dengan motosikal yang ditunggang mangsa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Akibat daripada itu, mangsa terjatuh di atas jalan raya bersama motosikal Yamaha Lagenda miliknya,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Likas oleh ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Likas, jam 12.45 tengah hari tadi.

“Siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Baca lagi artikel menarik:

Artikel asal oleh: iloveborneo.my

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Kebakaran Tahfiz: Pemuda Rayu Ke Mahkamah Persekutuan Terhadap Sabitan Bunuh PUTRAJAYA, 29 Sept (Bernama) — Seorang pemuda memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan atas sabitan...

Hiburan

0 Aktres berusia 51 tahun itu berkata, dia pelik dengan sikap individu yang suka memperlekehkan orang lain hanya disebabkan perkara remeh terutama jenis kenderaan dipakai....

Mamak News

0 KLANG – Seorang wanita yang juga penduduk Bagan Teo Chew, Pulau Ketam di sini, dilaporkan masih hilang dalam kebakaran tiga buah rumah di...

Lifestyle

0 Tiga bank lanjut pengecualian caj QR Duitnow Public Bank Tarik Balik Kenakan Caj Transaksi DuitNow QR, Lagi 2 Bank Lanjut Pengecualian Caj. Tiga...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications