Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

20 tahun kumpul keratan akhbar berkaitan kerja, hobi


KULIM – Gemar menambah ilmu pengetahuan serta minat dengan apa yang dilakukan, seorang pesara menghimpun keratan akhbar tempatan berkaitan kerjaya serta hobinya sejak 20 tahun lalu.

Abdul Samat Lebai Salleh, 68, sanggup mencari atau membeli akhbar untuk melihat isi kan­dungannya serta bahan yang dipapar bagi mencari berita menarik berkaitan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) serta haiwan seperti kucing.

Katanya, hobi menyimpan keratan akhbar berkaitan Rela bermula pada 2001 ketika ber­khidmat sebagai Penolong Pegawai Rela Daerah Kulim.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Ketika saya bertugas, saya banyak mengambil keratan akhbar berkaitan aktiviti rela yang disiarkan dalam akhbar tempatan, antaranya Utusan Malaysia, Kosmo! dan Berita Harian.

“Keratan akhbar itu saya akan tampal pada kertas manila bersaiz besar dan disimpan dengan baik agar ia tidak rosak,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Kenari di sini semalam.

Menurut Abdul Samad, selain keratan akhbar, dia turut menampal gambar aktiviti Rela ­seperti program-program bersama agensi kerajaan serta operasi yang dijalankan pihaknya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ujarnya, hobi menghimpun keratan akhbar berkaitan Rela terhenti pada tahun 2010 apabila dia pencen serta tidak terlibat lagi dengan agensi teesebut.

“Semua keratan akhbar berkaitan Rela kini saya simpan dengan baik dan ada kira-kira 200 keping kertas manila yang ditampal dengan keratan akhbar serta gambar,” ujarnya.

Katanya, dia ingin menyerahkan semua keratan itu kepada mereka yang berminat.
Abdul Samad berkata, dia turut mempunyai hobi menyimpan keratan akhbar berkaitan kucing.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Katanya dia memang minat dan sayang kepada haiwan tersebut dan dia sendiri membela sebanyak 22 ekor di rumahnya.

Katanya lagi, untuk memudahkan dia memperoleh ilmu berkenaan kucing, dia mula menyimpan keratan akhbar serta majalah yang menyiarkan rencana dan berita berkaitan haiwan itu dengan dibantu isterinya Rozita Yahya, 55


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Tindakan Murni Abang Kurier Tolong Lindungi Jemuran “Customer” Dari Hujan Dipuji Tindakan murni penghantar barangan dipuji selepas dia didapati membantu melindungi barangan pelanggan...

Sukan

0 BUKIT MERTAJAM – Pelumba Giant Cycling Team, Deng Penghai tetap meneruskan perjuangan pada perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 Peringkat 4 dari...

Lifestyle

0 KKM sedia hadapi ancaman pandemik penyakit X Ancaman Penyakit X Makin Hampir, Pakar Jangka 50 Juta Kematian Dan Lebih Bahaya Daripada Covid-19. Pakar...

Mamak News

0 BATAM: Pulau Rempang di Kepulauan Riau tidak jadi dikosongkan untuk memberi laluan kepada projek mega yang menyaksikan kerjasama Indonesia dengan China menerusi pembinaan...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications