Hi, what are you looking for?

Mamak News

200 Kilogram Ganja Rampasan Polis Didakwa Hilang Akibat Dimakan ‘Tikus’


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

Hampir 200kg ganja rampasan yang disimpan di sebuah balai polis di daerah Uttar Pradesh, India didakwa hilang akibat dimakan tikus.

Hakim mahkamah Uttar Pradesh, Sanjay Chaudhary, dipetik berkata, tikus sememangnya adalah haiwan kecil yang tidak ‘gentar’ dengan pihak berkuasa.

“Sukar untuk melindungi dadah daripada (tikus),” katanya secara sinis setelah mendengar alasan dari pihak polis.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurutnya lagi, apabila mahkamah meminta pihak polis untuk mengemukakan bukti rampasan, mereka memaklumkan kepada mahkamah bahawa 195kg ganja itu telah ‘dimusnahkan’ oleh tikus.

Sebelum ini, Chaudhary mendakwa kira-kira 700kg ganja yang pernah disimpan di sebuah balai polis di daerah Mathura turut mengalami nasib yang sama.

Pada 2018 pula, lapan pegawai polis Argentina pernah dipecat selepas mereka ‘menyalahkan’ tikus kerana kehilangan setengah tan ganja dari gudang polis.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tambahnya lagi, pihak polis tidak mempunyai kepakaran dalam menangani perkara sedemikian memandangkan sifat tikus yang ‘terlalu kecil’.

Setakat ini, masih belum ada sebarang tangkapan terhadap sebarang tikus dilaporkan.

Ganja Tikus

BACA: Jerman Pun ‘Join Sekali’, Ganja Untuk Tujuan Rekreasi Semakin Diterima Seluruh Dunia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: BH Online

Teruskan Membaca

Mamak News

6s Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. MELAKA – Seorang bapa enam anak yang dibelasah enam lelaki warga Myanmar pada bulan lalu dilaporkan meninggal dunia...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. CASAMICCIOLA: Pasukan keselamatan Itali meneruskan operasi mencari dan menyelamat puluhan orang yang dilaporkan hilang di pulau Ischia selepas...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. SEOUL – Sepasang suami isteri di Korea Selatan ditahan kerana disyaki menyembunyikan mayat bayi perempuan mereka di dalam...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. NEW DELHI: Polis India mendakwa tikus menjadi ‘dalang’ di sebalik kehilangan hampir 200 kilogram ganja yang disimpan di...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications