Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

24 maut bas terhumban dalam gaung di Peru


LIMA: Sekurang-kurangnya 24 orang dilaporkan terkorban dalam nahas bas penumpang di Peru pada Isnin.

Perkara itu disahkan oleh wakil syarikat pengendali bas yang terlibat, Molina Union dan Agensi Pengawasan Pengangkutan Peru (Sutran).

Sutran menyatakan bahawa bas tersebut dalam perjalanan dari Ayacucho ke bandar Huancayo sebelum hilang kawalan dan terjatuh ke dalam gaung.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Media tempatan, RPP melaporkan kemalangan itu berlaku pada jam 1.30 pagi, waktu tempatan.

Manuel Zevallos, pegawai daerah di mana kemalangan itu berlaku, pada Isnin mengesahkan bahawa sekurang-kurangnya 20 orang telah terkorban dan 20 lagi cedera.

Bagaimanapun agensi Sutran berkata, penyiasatan awal menunjukkan bas itu telah melalui pemeriksaan keselamatan sebelum memulakan perjalanan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu, perincian berkenaan kemalangan termasuk jumlah sebenar angka korban dan cedera serta punca nahas masih lagi disiasat oleh pihak polis dan syarikat pengendali bas.


Sumber: Utusan Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 SEBERANG PERAI – Setia Fontaines Bertam bakal berubah wajah apabila memasuki fasa terakhir persiapan menjelang Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2023 anjuran Permodalan...

Lifestyle

0 Seorang lelaki sanggup merogol rakan perempuannya sendiri selepas makan malam Dipelawa Keluar Makan Malam, Remaja Perempuan Trauma Dirogol Rakan Lelaki Di Tangga. Seorang...

Mamak News

0 Tular Video Staf Lapangan Terbang Filipina Kantoi Telan Duit Disyaki Dicuri Daripada Pelancong China Seorang kakitangan wanita lapangan terbang di Filipina kantoi menelan...

Mamak News

0 KUALA LUMPUR – Lima anggota polis antara enam individu ditahan selepas disyaki melarikan seorang lelaki dari sebuah kedai makan yang terletak di Desa...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications