Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

24 Terbunuh Dalam Nahas Bas Di Peru


24 Terbunuh Dalam Nahas Bas Di Peru

LIMA, 19 Sept (Bernama-Xinhua) — Sekurang-kurangnya 24 orang terbunuh pada awal Isnin apabila bas yang mereka naiki tergelincir dari jalan raya dan terjunam 200 meter ke dalam gaung di wilayah Huancavelica di barat daya Peru, lapor media tempatan.

Kemalangan berlaku kira-kira 1.30 pagi waktu tempatan (0630 GMT) di kawasan pergunungan di wilayah Churcampa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

BACA JUGA: Tinggalkan Ketika Enjin Hidup, Kecuaian Pemandu Penyebab Bas Masuk Gaung

Mangsa yang maut termasuk kanak-kanak, menurut Xinhua memetik laporan penyiar Berita Radio Programas del Peru yang memetik kenyataan Rangkaian Kesihatan Bersepadu Churcampa.

Mereka yang cedera dibawa ke hospital di bandar Huancayo, Pampas dan Ayacucho.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Datuk Bandar daerah Anco, Manuel Zevallos, memberitahu stesen radio bahawa keadaan jalan raya itu  tidak sempurna akibat runtuhan salji di kawasan itu sejak sebulan lepas.

Sumber: BERNAMA-XINHUA

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Teruskan Membaca

Mamak News

0 KUALA LUMPUR – Panik melihat anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membuat sekatan menyebabkan ada penunggang motosikal sanggup membahayakan diri dengan melawan arus bagi...

Mamak News

0 “Tidak Mencela, Memfitnah, Memaki Hamun Terhadap Sesiapa, Keindahan Pekerti Dan Akhlak Rasulullah SAW” – PM PUTRAJAYA —  Bersempena sambutan Maulidur Rasul, Perdana Menteri,...

Mamak News

0 IPOH – Sebanyak 10,568 notis dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kepada penunggang motosikal atas pelbagai kesalahan sepanjang Op Khas Motosikal 2023 dilancarkan bermula 1...

Sukan

0 IPOH – Biarpun membuat penampilan sulung pada perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023, namun ia ternyata tidak mendatangkan masalah buat pelumba Caja...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications