Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom Putrajaya Steps Bakal Jadi Tarikan Baharu Di Putrajaya

Mamak News

250 Anak Tangga, Putrajaya Steps Bakal Jadi Tarikan Baharu Di Putrajaya


Putrajaya memang terkenal dengan destinasi pelancongan yang menjadi tumpuan pelancong di dalam dan luar negara. Keindahan landskap dan keunikkan reka bentuk yang dibina menjadi tarikan utama bagi pelancong yang hadir.

Kini, Putrajaya bakal mempunyai tarikan baharu iaitu Putrajaya Steps yang akan menjadi tarikan kepada pelancong yang meminati aktiviti rekreasi dan riadah.

Menurut kenyataan Bernama di Facebook, Putrajaya Steps yang kini sudah 80 peratus siap dan bakal menjadi tarikan baharu di Putrajaya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
| Kampungmamakcom Putrajaya Steps Bakal Jadi Tarikan Baharu Di Putrajaya
Gambar oleh Mohd Huzaini DaudBernama
| Kampungmamakcom Putrajaya Steps Bakal Jadi Tarikan Baharu Di Putrajaya
Gambar oleh Mohd Huzaini DaudBernama

Projek laluan pejalan kaki ini berkonsepkan taman yang menghubungkan laluan dari Dataran Perdana ke Mercu Tanda Taman Putra Perdana, tambah Bernama.

Tangga Putrajaya Steps juga sesuai untuk aktiviti senaman kerana ia direka dengan anggaran ketinggian 30 meter serta untuk pendakian sejauh 200 meter.

| Kampungmamakcom Putrajaya Steps Bakal Jadi Tarikan Baharu Di Putrajaya
Gambar oleh Mohd Huzaini DaudBernama
| Kampungmamakcom Putrajaya Steps Bakal Jadi Tarikan Baharu Di Putrajaya
Gambar oleh Mohd Huzaini DaudBernama

Pastinya juga Putrajaya Steps yang memiliki 250 anak tangga ini akan menarik minat golongan pelari yang suka melakukan aktiviti larian anak tangga bagi menguatkan otot kaki. Sebagai perbandingan, Batu Caves memiliki 272 anak tangga.

Bersediakah anda untuk “memanjat” 250 anak tangga di Putrajaya Steps ini?

BACA: Mangsa Kemalangan Terselamat, Apple Watch Maklum Kecemasan Ketika Tidak Sedarkan Diri

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement