Hi, what are you looking for?

Mamak News

29 pesawat China ceroboh ruang udara Taiwan


TAIPEI: Taiwan menerbangkan jet dan pesawat pengebom bagi memberi amaran terhadap 29 pesawat China yang memasuki zon pertahanan udara di selatan pulau itu. 

Kementerian Pertahanan Taiwan mendedahkan beberapa pesawat terbang di kawasan timur laut Pratas, termasuk 17 pesawat pejuang, enam jet pengebom H-6, pesawat pengisi minyak dan antikapal selam China. 

Bagaimanapun, pesawat yang disertai senjata peperangan elektronik dan pesawat pengumpul perisikan terbang ke Saluran Bashi yang memisahkan Taiwan dari Filipina dan ke Pasifik, kemudian berpatah balik ke China dalam laluan yang dimasuki. 

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Disebabkan itu, Taiwan menghantar pesawat tempur bagi memberi amaran kepada pesawat China, manakala, sistem peluru berpandu dikerahkan untuk memantau mereka,” katanya. 

Pencerobohan terbesar sejak akhir Mei lalu, yang menyaksikan 30 pesawat China berada di Zon Pengenalan Pertahanan Udara (ADIZ) Taiwan meningkatkan lagi ketegangan antara kedua-dua negara.

Sebelum itu, China turut menceroboh di wilayah kedaulatan Taipei dengan menerbangkan 39 pesawat, 23 Januari lalu. 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beijing belum memberikan sebarang maklum balas dan sebelum ini hanya memberikan alasan latihan yang bertujuan melindungi kedaulatan negara. 

Jurucakap Jabatan Negara AS, menerusi emel memaklumkan Beijing sepatutnya ‘menghentikan operasi ketenteraan, diplomatik, tekanan ekonomi serta pencerohonan terhadap Taiwan’. 

Jumaat lalu, China melancarkan kapal pengangkut pesawat ketiga, Fujian, yang dinamakan sempena wilayah yang bertentangan Taiwan. 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bulan lalu, tentera China menegaskan latihan dijalankan sekitar Taiwan sebagai ‘amaran serius’ terhadap pakatan sulit negara itu dengan Amerika Syarikat.-REUTERS 

 


Sumber: Utusan Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement