293 Ahli Parlimen UK Menentang Usul Gencatan Senjata Segera Di Gaza
Kira-kira 293 ahli Parlimen United Kingdom (UK) menolak usul gencatan senjata segera di Gaza yang dicadangkan oleh Parti Kebangsaan Scotland (SNP) berbanding 125 yang menerimanya, lapor Agensi Anadolu.
Difahamkan, usul tersebut menyeru kerajaan untuk bersama-sama dengan masyarakat antarabangsa mendesak semua pihak untuk menghentikan pengeboman yang meragut nyawa masyarakat Gaza.
Konservatif yang memerintah dan kepimpinan Parti Buruh pembangkang utama menyatakan mereka tidak menyokong usul tersebut.
Sebelum sesi pengundian, Buruh telah mengemukakan usulnya sendiri tetapi tidak diterima.
Pindaan tersebut hanya meminta untuk henti seketika kemanusiaan kerana parti itu percaya jika berlaku gencatan senjata, ia mampu membuatkan Israel kehilangan hak mempertahankan diri.
Berpuluh-puluh ahli Parlimen menyokong usul SNP untuk gencatan senjata segera dalam konflik yang sedang berterusan namun berbeza pula dengan pemimpin Buruh.
Sekurang-kurangnya 19 pemimpin barisan hadapan telah menyatakan pendapat yang bertentangan tentang konflik dengan ketua mereka.
Sebelum ini, menteri Imran Hussain membuat keputusan untuk meletakkan jawatannya pada minggu lalu kerana mahu berkempan bagi gencatan senjata segera.
BACA: Empat Hospital Di Gaza Lumpuh – Kementerian Kesihatan Gaza
Buruh telah mengarahkan ahli parlimennya untuk berkecuali daripada usul SNP, yang bermaksud bahawa barisan hadapan mesti meletakkan jawatan atau berdepan dengan pemecatan jika mereka menunjukkan sokongan.
Susulan itu, menteri yang mula menunjukkan sokongan kepada gencatan senjata itu seperti Naz Shah, Helen Hayes dan Afzal Khan mengemukakan peletakan jawatan mereka daripada kabinet.
Perletakan itu dikatakan berlaku sebelum sesi pengundian pada Rabu dan menteri yang lain iaitu Sarah Owen, Rachel Hopkins, Andy Slaughter dan Mary Foy juga mengumumkan perkara yang sama.
Sementara itu, Jess Phillips yang berkhidmat sebagai menteri penderaan dan perlindungan rumah tangga berkata beliau perlu mempunyai haluan yang sama dengan para pengundinya.
“Pada kesempatan ini saya mesti mengundi (membuat keputusan) dengan pengundi saya, (mengikut) kepala dan hati saya.”
Difahamkan juga, hampir 70 Ahli Parlimen Buruh telah menentang pemimpin mereka untuk menggesa gencatan senjata, dan hampir 50 ahli majlis telah meletak jawatan daripada parti kerana kedudukan kepimpinan dalam peperangan.
Sumber: Agensi Anadolu
The post 293 Ahli Parlimen UK Menentang Usul Gencatan Senjata Segera Di Gaza appeared first on Siakap Keli.
Artikel asal oleh: Siakap Keli
RM13.01
