Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

2,959 kes penderaan, pengabaian kanak-kanak sehingga Mei


KUALA LUMPUR – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) merekodkan sebanyak 2,959 kes melibatkan penderaan dan pengabaian berbentuk penderaan fizikal, seksual dan emosi kanak-kanak dari Januari hingga Mei, tahun ini.

Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Nancy Shukri, daripada jumlah tersebut, Selangor mencatatatkan bilangan kes tertinggi (647 kes) diikuti Sabah (333 kes) dan Kuala Lumpur di tangga ketiga dengan 326 kes.

“Kita mahu ini dihentikan. Kami mahu kanak-kanak tahu hak mereka. Pada masa sama, kami mahu ibu bapa dan orang dewasa di sekeliling mereka sedar akan perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan terhadap kanak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Oleh itu, program pada hari ini adalah salah satu inisiatif KPWKM dalam melaksanakan advokasi kepada kanak- kanak akan hak mereka untuk dilindungi,” katanya ketika ditemui di Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak: Kasih Kanak-Kanak di Sekolah Kebangsaan Seri Tasik, di sini, hari ini.

Majlis turut dihadiri oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Timbalan Menteri KPWKM, Aiman Athirah Sabu.

Tambahnya, tujuan utama program advokasi tersebut dijalankan adalah untuk menjaga kebajikan, keselamatan dan kesejahteraan kumpulan sasar khususnya kanak-kanak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Ini merupakan usaha berterusan kementerian dalam mengerakkan semua anggota masyarakat agar bersama melindungi dan membina persekitaran selamat untuk kanak-kanak.

“Program hari ini juga diharapkan dapat menjadi platform kepada masyarakat setempat khususnya guru-guru, PIBG dan komuniti setempat untuk berperanan dalam membantu KPWKM mencegah berlakunya peningkatan kes penderaan dan pengabaian kanak-kanak,” katanya.

Dalam pada itu, Nancy juga menegaskan masyarakat khususnya ibu bapa, guru-guru dan kaunselor supaya menggalas tanggungjawab dalam memainkan peranan untuk melindungi kanak-kanak dari penderaan dan pengabaian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Masyarakat perlu tahu apa tindakan yang perlu diambil sekiranya kanak-kanak terdedah atau terlibat dalam kes penderaan dan pengabaian. Selain itu, kanak-kanak juga perlu dimaklumkan mengenai hak mereka

“Oleh sebab itu, kami sentiasa mengulang nombor Talian Kasih iaitu 15999 supaya kanak-kanak tersebut sendiri tahu siapa yang perlu dihubungi sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini, sama ada didera, diabaikan atau mengalami gangguan seksual.

“Setiap daerah mempunyai JKM yang berhampiran. Tindakan akan diambil sejurus kami mendapat maklumat. Oleh itu, kami perlukan kerjasama daripada masyarakat untuk terus menelefon pihak berkuasa dan dail 15999 untuk tindakan segera,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tambah Nancy, selain Talian Kasih, sebarang bentuk pengabaian dan penderaan kanak-kanak boleh dilaporkan melalui Whatsapp di nombor 019 261 5999.

Selain itu, masyarakat juga boleh kunjungi mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berhampiran atau menghubungi mana-mana Balai Polis yang berdekatan untuk membuat laporan. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Kebakaran Tahfiz: Pemuda Rayu Ke Mahkamah Persekutuan Terhadap Sabitan Bunuh PUTRAJAYA, 29 Sept (Bernama) — Seorang pemuda memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan atas sabitan...

Hiburan

0 Aktres berusia 51 tahun itu berkata, dia pelik dengan sikap individu yang suka memperlekehkan orang lain hanya disebabkan perkara remeh terutama jenis kenderaan dipakai....

Mamak News

0 KLANG – Seorang wanita yang juga penduduk Bagan Teo Chew, Pulau Ketam di sini, dilaporkan masih hilang dalam kebakaran tiga buah rumah di...

Lifestyle

0 Tiga bank lanjut pengecualian caj QR Duitnow Public Bank Tarik Balik Kenakan Caj Transaksi DuitNow QR, Lagi 2 Bank Lanjut Pengecualian Caj. Tiga...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications