Hi, what are you looking for?

#image_title

Lifestyle

3 Kedai Makanan Western On Point Di Kuching


Western Lover, Where You At? List Wajib Try Ada di Sini!

3 Kedai Makanan Western On Point di Kuching. Bila dah datang mood nak makan makanan western, semestinya anda ingin merasa makanan western daripada berbagai jenis kedai. Tak semestinya stick kepada satu kedai sahaja kan? Walau pun di Kuching kini, kedai makanan western muncul bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan, tapi di sini kami mudahkan pencarian anda dengan senarai kedai makanan western on point.

1. Big Coconut Western @ Hui Sing

Lokasi kedai ini agak tersorok sedikit dan sedikit jauh dari pusat bandar. Ia terletak di taman perumahan Hui Sing, berdekatan dengan Imperial Hotel Kuching. Paling senang, guna sahaja Waze atau Google Map untuk ke sini. Makanan western yang anda patut cuba di sini ialah spagetti chicken carbonara, signature grilled chicken chop dan pizza beef pepperoni nya. Kepada penggemar Nutella pula, anda patut mencuba pizza Nutella Oreo. Meleleh beb!

kami mudahkan pencarian anda dengan senarai kedai makanan western on point.
Big Coconut @ Hui Sing. Kredit : Airbnb
kami mudahkan pencarian anda dengan senarai kedai makanan western on point.
Spagetti chicken carbonara
kami mudahkan pencarian anda dengan senarai kedai makanan western on point.
Signature beef pepperoni

Kedai ini juga mempunyai sebuah lagi cawangan yang diberi nama Small Coconut. Ia terletak di Matang Corner (tidak jauh dari SMK Matang Jaya). Harga yang ditawarkan pula adalah dalam lingkungan RM16 – RM30. Portion nya pun besar dan berbaloi. Menu yang ditawarkan di sini adalah sama, jadi anda tidak perlu pening kepala jika ingin menjimatkan masa untuk memandu ke cawangan di Hui Sing.

2. Fork & Knife

Jika anda inginkan sirloin steak yang sempurna di Kuching, Fork & Knife merupakan kedai western yang tepat untuk anda. Terletak di Jalan Stutong, Kuching, kedai ini menyajikan pelbagai hidangan western seperti grilled lamb shoulder, crispy chicken burger with fries, pizza dan pelbagai lagi hidangan lain yang pastinya menggoda nafsu makan anda. Apa yang menarik perhatian di sini ialah menu pavlova nya dihiasi dengan buah-buahan seperti strawberi dan kiwi. Rata-rata pengunjung yang pernah berkunjung ke sini mengatakan bahawa kedai ini mempunyai persekitaran yang cozy dan selesa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

3. Sharing Planet Downtown

Haa, siapa tak tahu kedai western Sharing Planet? Kedai western yang paling terkenal di Kuching ini seringkali penuh dengan pengunjung daripada pelbagai lapisan masyarakat dan umur. Mana taknya, kedai ini mempunyai menu yang pelbagai dan boleh dikatakan rasanya on point. Selain itu, kedai ini juga menyajikan makanan western dengan portion yang sangat besar! Sampaikan hidangan satu pinggan boleh dikongsi untuk dua orang.

Suasana di kedai western ini juga begitu instagrammable kerana persekitarannya dipenuhi dengan pokok hiasan serta landskap yang menarik. Pencahayaan di sini juga tidak terlalu terang. Sesuai lah untuk anda yang ingin membawa pasangan atau keluarga anda. Feeling romantic gitu.

Jadi geng, dah ada idea nak makan western kat mana? Jangan lupa like dan share post ini dan tag rakan-rakan serta keluarga anda.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Baca lagi artikel menarik:

Artikel asal oleh: iloveborneo.my

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Petinju Muay Thai Malaysia Tumbangkan Lawan Dalam Tempoh 36 Saat BANGKOK, 10 Dis (Bernama) — Petinju muay thai negara Johan Ghazali mendominasi lawannya dalam...

Lifestyle

0 Lagi menu sarapan ‘lejen’ di Kuching Legend Di Kuching, Mi Jawa Rabak Ini Jadi Menu ‘Breakfast’ Kegemaran Penduduk Tempatan. Hari ini, kami akan...

Mamak News

0 Anjing Sakit Gusi, Punca Kejadian Tayar Pancit Di Itali Sejak bulan Julai yang lalu, penduduk di pekan Vastogirardi, Itali mengalami masalah tayar pancit...

Mamak News

0 Dua Petani Maut Disambar Petir Ketika Berteduh Di Pond Dua orang petani maut disambar petir ketika sedang berteduh di pond berhampiran sebidang sawah...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications