Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Hiburan

3 tahun Kimberly Chuah tak sambut Tahun Baharu Cina


KUALA LUMPUR – Terikat dengan kontrak kerja, pelakon Kimberly Chuah mendedahkan 2024 menjadi tahun ketiga tidak dapat meraikan Tahun Baru Cina bersama keluarga tercinta.

Pemilik nama lengkap Kimberly Chuah Ching Li, 24, itu bagaimanapun berterima kasih kepada keluarga yang sangat memahami komitmennya terhadap tugas.

“Jujurnya, saya sudah lama tidak sambut raya Cina dengan keluarga iaitu hampir tiga tahun. Macam tahun lepas pun pada musim perayaan ini saya di Perlis menjalani penggambaran.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Boleh dikatakan segalanya berubah selepas saya sertai industri seni, kalau ikutkan saya nak sambut raya dengan keluarga sejak mula berlakon, macam esok (hari ini) pun saya masih di set.

“Apa pun, saya bersyukur dan berterima kasih kepada emak yang selalu beri sokongan, faham kerja saya dan tanpa dia siapalah saya sekarang,” ujarnya kepada Kosmo! Online.

Ditanya momen indah Tahun Baru Cina sebelum ini, sama seperti perayaan lainnya, bekas peserta Dewi Remaja 2022 itu merindui saat berkumpul beramai-ramai bersama saudara-mara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Setiap perayaan menguatkan hubungan kekeluargaan, masa raya itu sahaja kita ada masa yang panjang untuk bertanya khabar dan mengetahui perkembangan terkini saudara kita.

“Kalau waktu lain ada masa pun, kita akan luangkan masa dengan kawan-kawan tapi tak jenguk keluarga, jadi waktu perayaan sebegini kita lebih hargai masa bersama orang terdekat.

“Saya dengan emak selalu pergi rumah mak long makan kuih raya dan berborak sebab keluarga saya sendiri hanya ada saya dan emak sahaja, ayah saya meninggal lima tahun lepas,” ujarnya ketika ditemui di lokasi penggambaran drama bersiri Project: Exit, semalam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam perkembangan lain, Kimberly tampil dalam drama terbitan Astro Shaw iaitu Project: Exit yang mengangkat isu sosial di asrama pemulihan akhlak.

Drama enam episod berkenaan turut dibintangi barisan pelakon seperti Mierul Aiman,Naim Daniel, Shasha Abedul dan Nabila Huda. – KOSMO! ONLINE.


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement