Hi, what are you looking for?

33 Kes Penyakit Berjangkit Mangsa Banjir

Mamak News

33 kes penyakit berjangkit mangsa banjir


PUTRAJAYA – Sebanyak 33 kes penyakit berjangkit dikesan dalam kalangan mangsa banjir hari ini, dengan jumlah kumulatif sebanyak 2,303 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 33 kes tersebut, sebanyak 22 kes jangkitan saluran pernafasan akut, 10 kes penyakit kulit dan satu kes acute gastroenteritis.

“Dalam masa sama, jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 dalam kalangan mangsa banjir kekal 465 kes susulan tiada kes baharu hari ini selain tiada kes baharu dicatatkan di pusat perpindahan sementara (PPS) dan jumlah itu kekal 15 kes.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Selain itu, tiada pertambahan kluster baharu di PPS sekali gus kekal dengan satu kluster,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, sebanyak 98 PPS masih beroperasi di Johor (66), Pahang (16), Sabah (9), Melaka (4) dan Negeri Sembilan (3) dengan angka keseluruhan mangsa terjejas banjir seramai 5,886 orang.

Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Sukan

0 KUALA LUMPUR – Terengganu kekal dengan rekod tanpa kalah di pentas Piala AFC selepas mengikat Central Coast Mariners 1-1 di Stadium Central Coast,...

Mamak News

0 JAKARTA: Aplikasi video pendek, TikT dalam proses mendapatkan permit e-dagang daripada kerajaan Indonesia, lapor agensi berita Antara yang memetik Timbalan Menteri Perdagangan, Jerry...

Hiburan

0 PUTRAJAYA – “Saya terkejut apabila terbaca mengenai gosip (bercium) itu. Ia tidak berlaku langsung” Demikian ulas pelakon Meerqeen sambil menafikan dakwaan bercium dengan...

Mamak News

0 Syarikat Bantu Urus Penghantaran Pulang Jenazah Pekerja Bangladesh GEORGE TOWN, 29 Nov (Bernama) — Syarikat kepada seorang daripada tiga pekerja pembinaan warga Bangladesh...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications