Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

34 Peratus Ibu Bapa Belum Ada Simpanan Untuk Masa Depan Anak-anak


34 Peratus Ibu Bapa Belum Ada Simpanan Untuk Masa Depan Anak-anak

“ANAK dah nak masuk sekolah. Hari ini punya belanja memang cukup mencabar. Susah betul nak menyimpan, asal ada duit je cepat habis. Bukannya beli benda bukan-bukan pun, beli keperluan je. Tu belum kira lagi duit simpanan takda, terpaksa pula pinjam sana-sini nak cover belanja. Entah macam manalah nasib anak aku nanti,”

Percaya atau tidak? Itulah monolog yang selalu bermain dalam kepala ayah-ayah. Depan mata isteri dan anak, mereka nampak ‘steady’ cari rezeki setiap hari macam biasa. Tapi di belakang, hanya Tuhan sajalah yang tahu betapa beratnya kepala mereka berfikir tentang kewangan keluarga.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Situasi ekonomi hari ini yang tidak menentu, ditambah pula kos sara hidup yang kian meningkat, ramai orang terpaksa buat beberapa kerja hanya untuk tampung perbelanjaan harian. Jangan kata ayah, mak-mak pun sama sanggup bersengkang mata masak nasi lemak seawal dinihari demi sesuap rezeki.

Pun begitu, masih ada yang tidak dapat menyimpan untuk masa depan, termasuklah bahagian peruntukan bagi menampung anak-anak menyambung pengajian. Hatta dari tadika hinggalah ke universiti, semuanya pasti melibatkan duit.

Jika jumlah perbelanjaan di tadika dan sekolah rendah pun sudah menelan angka belanja yang agak besar, apatah lagi jika mereka mahu ke Institusi Pendidikan Tinggi (IPT)? Sudahnya mereka tersepit, antara mahu sambung belajar atau terus bekerja saja untuk membantu keluarga.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tapi, sanggupkah seseorang ayah itu menggadaikan masa depan anaknya untuk tidak menyambung pelajaran hanya kerana tiada duit?

Hanya 15 peratus saja ibu bapa yang betul-betul bersedia untuk masa depan anak

Baru-baru ini, Siakap Keli ada membuat tinjauan awam di laman media sosial mengenai jumlah simpanan ibu bapa bagi menampung pengajian anak-anak mereka. Terdapat tiga pilihan undian (poll) iaitu ‘Belum ada simpanan’, ‘Ada la sikit’ dan ‘Cukup dan selesa’.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Berdasarkan dapatan tinjauan yang melibatkan 134 undian, ibu bapa yang masih belum ada simpanan langsung untuk pendidikan anak mereka adalah sebanyak 34 peratus, manakala yang baru menyimpan sedikit setakat ini pula sebanyak 51 peratus.

Dalam masa yang sama ibu bapa yang betul-betul sudah bersedia membuat simpanan untuk masa depan anak mereka, angkanya hanyalah 15 peratus sahaja. Agak ketinggalan dan paling sedikit berbanding dua kategori selainnya.

Apakah maksud di sebalik angka ini?

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, 15 peratus ibu bapa yang sudah mempunyai simpanan cukup dan selesa hanyalah angka yang kecil. Ia jelas membuktikan hanya ‘secuit’ sahaja ibu bapa yang benar-benar sudah bersedia kewangannya.

Manakala ibu bapa yang baru mempunyai simpanan sedikit dengan yang langsung belum menyimpan, jurang peratusan kedua-duanya tidaklah terlalu berbeza. Namun hakikatnya, dua golongan ini masih ‘jauh’ untuk disamakan dengan mereka yang minoriti tadi.

Menjengah ke ruangan komentar, ada antara mereka (yang tergolong dalam kategori sudah menyimpan) berkongsi bahawa medium terbaik yang digunakan untuk simpanan pendidikan anak ialah Skim Simpanan Pendidikan Nasional atau singkatannya Simpan SSPN.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menyimpan di Simpan SSPN pilihan terbaik

Seperti yang kita tahu, Simpan SSPN merupakan inisiatif Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi yang membantu generasi muda untuk melanjutkan pengajian ke IPT.

Terdapat banyak keistimewaan dan manfaat yang ditawarkan jika ibu bapa menyimpan di Simpan SSPN seperti yang disenaraikan berikut:-

Advertisement. Scroll to continue reading.

1. Ibu bapa yang menyimpan di Simpan SSPN akan menerima manfaat perlindungan takaful.

2. Nikmati pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8,000 setahun.

3. Pemberian Geran Sepadan secara percuma sehingga RM10,000 untuk keluarga yang layak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

4. Nikmati dividen kompetitif melalui tambah simpanan dengan pulangan dividen tahunan yang menarik.

5. Simpanan di Simpan SSPN adalah patuh syariah, di mana simpanan yang dibuat dijamin berlandaskan syara’ serta bebas daripada unsur yang meragukan.

6. Simpanan yang dibuat juga turut dijamin kerajaan, maka tidak wujud sebarang unsur yang memberi risiko.

Advertisement. Scroll to continue reading.

7. Ibu bapa boleh menyertai pelbagai kempen cabutan yang menawarkan hadiah menarik.

Jadi di sinilah peranan ibu bapa untuk memilih Simpan SSPN sebagai saluran pilihan utama simpanan pendidikan masa depan anak-anak.

Oh ya, pembaca perlu menonton drama pendek ini yang mengisahkan bagaimana ibu dan ayah yang sudah bersedia awal membuka laluan untuk masa depan anaknya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Walaupun si ayah membanting tulang hanya dengan bertani, si emak pula mencari rezeki berniaga nasi lemak, namun mereka sangat berfikiran ‘ke hadapan’ dalam soal masa depan anak. Tidak sekali-kali masa depan anak digadai hanya kerana alasan ‘hidup susah’.

Nak tahu lebih lanjut, mari tonton video PTPTN – Di Sini Mulanya di Youtube PTPTN TV atau di bawah ini sekarang!

Advertisement. Scroll to continue reading.

 

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Kebakaran Tahfiz: Pemuda Rayu Ke Mahkamah Persekutuan Terhadap Sabitan Bunuh PUTRAJAYA, 29 Sept (Bernama) — Seorang pemuda memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan atas sabitan...

Mamak News

0 KLANG – Seorang wanita yang juga penduduk Bagan Teo Chew, Pulau Ketam di sini, dilaporkan masih hilang dalam kebakaran tiga buah rumah di...

Lifestyle

0 Tiga bank lanjut pengecualian caj QR Duitnow Public Bank Tarik Balik Kenakan Caj Transaksi DuitNow QR, Lagi 2 Bank Lanjut Pengecualian Caj. Tiga...

Mamak News

0 SINGAPURA: Kesihatan mental di Singapura dilaporkan semakin serius, namun lebih ramai bersedia mendapatkan bantuan, menurut tinjauan Kementerian Kesihatan (MOH). Tinjauan Kesihatan Penduduk Kebangsaan...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications