Hi, what are you looking for?

Tempatan

35 pengunjung, pemilik pusat hiburan ditahan


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

KUALA LUMPUR – Seramai 35 individu termasuk penganjur premis pusat hiburan serta warga asing ditahan kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) dalam serbuan di Jalan Aminuddin Baki, Taman Tun Dr. Ismail di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, pihaknya menjalankan serbuan tersebut di sebuah premis kedai dua tingkat pada pukul 10.50 malam.

“Hasil serbuan mendapati pengunjung premis dengan kapasiti yang ramai dilihat sedang berhibur sambil minum minuman keras serta tiada penjarakan sosial melanggar Peraturan 17 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit Pelan Pemulihan Negara (PPN) 4.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Susulan itu polis menahan dua individu warga tempatan disyaki penganjur serta penjaga premis dan 33 orang pengunjung warga asing dari 21 buah negara.

“Kesemua tangkapan berusia lingkungan 18 hingga 56 tahun dan ujian saringan air kencing terhadap kesemua tangkapan negatif dadah,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, kompaun sebanyak RM1000 turut dikeluarkan terhadap 55 pengunjung lain termasuk pemilik premis menjadikan jumlah kompaun bernilai RM56,000.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Polis turut merampas satu unit ‘mixing console’, pembesar suara dan satu unit mikrofon.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 4 Akta Hiburan, Seksyen 22(b) APPPB 1988, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 17 PPDPPB 2021,” ujarnya.

Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Hiburan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KUALA LUMPUR – Dengan sekali lafaz, pendakwah selebriti, Dai’ Syed Iqmal selamat bergelar suami kepada pengacara, Hana Is...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. TANJUNG MALIM – Seorang penganggur tidak sempat mengedar dadah jenis heroin dan methamphetamine apabila dicekup polis di jalan...

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. DOHA – Australia sekali lagi mengharapkan tuah Stadium Ahmad Ali untuk menghadapi ujian getir menentang Argentina di pusingan...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Kereta Elektrik Tenaga Solar Pertama Di Dunia, Mampu Dipandu Berbulan-bulan Tanpa Cas Sebuah syarikat automatif bertaraf start up Belanda,...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications