Hi, what are you looking for?

Mamak News

36 Kes Dikesan Babitkan Kluster Di SMK Tambunan


KOTA KINABALU, 16 Jan (Bernama) — Sebuah kluster COVID-19 dilaporkan berlaku di Sekolah Menengah Kebangsaan Tambunan dengan 36 kes dikesan setakat hari ini, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun.

Jurucakap COVID-19 Sabah itu berkata kluster institusi pendidikan tercetus di asrama lelaki sekolah berkenaan dan kes indeks merupakan pelajar berusia 18 tahun yang disahkan positif pada 13 Jan lepas melalui ujian saringan kendiri.

“Hasil saringan kontak rapat terhadap rakan asrama juga mengesan 35 lagi kes positif menjadikan jumlah kumulatif kluster ini sebanyak 36 kes. Semua kontak yang positif telah diasingkan dan diberi rawatan yang sesuai.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Siasatan lanjut yang dibuat menunjukkan setakat ini, jangkitan dan penularan virus terhad dalam kalangan pelajar yang tinggal di asrama sama,” menurutnya dalam kenyataan malam ini.

Tambunan merupakan sebuah daerah di kawasan pedalaman tanah tinggi Sabah yang terletak kira-kira 80 kilometer dari Kota Kinabalu.

Masidi juga berkata 213 kes direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif 244,217 dan pesakit COVID-19 yang sembuh ialah 108 kes menjadikan jumlah kumulatif pesakit pulih 236,443 orang manakala 761 pesakit sedang menerima rawatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Bilangan pesakit tahap empat dan lima menerima rawatan yang masih belum lengkap vaksin ialah seramai 22 orang,” katanya.

Sumber: BERNAMA

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 ALOR SETAR – Dua negeri paling hujung di utara tanah air iaitu Kedah dan Perlis hari ini mencatat sejarah sebagai negeri pertama di...

Mamak News

0 Apa Sindrom Orang Kaku Yang Dihidapi Ce Dion? Kebiasaannya, kita sering mendengar penyakit atau sindrom str yang dikenali sebagai angin ahmar yang dialami...

Mamak News

0 PETALING JAYA – Sebuah keluarga yang mempunyai tanggungan dua orang anak atau lebih memerlukan sekurang-kurangnya RM2,000 sebulan sebagai perbelanjaan membeli barang basah atau...

Mamak News

0 Budak Empat Tahun Lompat Dari Tingkat 26 Guna Payung, Terpengaruh Teng Kartun Gara-gara terpengaruh teng kartun, seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun bertindak...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications