Hi, what are you looking for?

Mamak News

38 Terkorban, 2 Cedera Dalam Kebakaran Kilang


Sekurang-kurangnya 38 orang terbunuh, dua cedera dan dua orang lagi hilang dalam kebakaran di sebuah kilang di bandar Anyang, Henan di China baru-baru ini.

Difahamkan, kejadian berlaku di Kaixinda Trading Co Ltd di daerah Wenfeng di bandar tesebut yang dikenali sebagai zon berteknologi tinggi.

Syarikat tersebut dikatakan telah disenaraikan sebagai firma yang memborong pelbagai jenis barangan perindustrian termasuklah bahan kimia khusus.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut Independent, Jabatan Bomba dan Penyelamat Anyang yang menerima laporan mengenai kebakaran bergegas ke tempat kejadian.

Malah, lebih 200 pegawai bomba dan penyelamat yang terlibat dalam operasi memadam dan mengawal api, namun hanya sebahagian besarnya sahaja yang mampu dipadam dalam tempoh tiga jam kemudian iaitu kira-kira sekitar pukul 8 malam.

Bagaimanapun, pihak polis berjaya menahan suspek yang dipercayai dalang di sebalik kebakaran itu pada keesokannya. Manakala, punca kejadian masih belum didedahkan (ketika itu).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut Independent, kemalangan industri di China merupakan perkara biasa kerana terdapat kelemahan daripada aspek protokol keselamatan.

Kenyataan tersebut disokong dengan fakta yang mengatakan bahawa China mempunyai sejarah mengenai kemalangan dalam industri ini kerana protokol keselamatan yang lemah.

Hal ini didorong oleh persaingan yang semakin sengit dan rasuah dalam kalangan pegawai yang bertanggungjawab.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malah, tidak dinafikan dengan keadaan penyimpanan yang buruk, pintu keluar berkunci dan kekurangan alatan memadam kebakaran sering disebut sebagai punca.

Misalnya, letupan di Tianjin di gudang kimia yang mengorbankan 173 orang yang disenaraikan sebagai insiden terburuk yang pernah berlaku di China pada tahun 2015.

Sementara itu, pada tahun 2019, 78 orang terbunuh selepas letupan di sebuah kilang kimia di Yancheng, kira-kira 260km dari Shanghai.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bukan itu sahaja, malah pada awal bulan April tahun ini sebuah bangunan runtuh di pinggir ibu kota wilayah Changsha yang mengorbankan 53 orang.

Sumber: The Independent

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 PUTRAJAYA, 2 FEBRUARI 2023 – Kementerian Perdagangan Dalam  Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) ingin memaklumkan bahawa, susulan  daripada pengumuman YAB Perdana Menteri...

Mamak News

0 SINGAPURA: Seorang wanita yang sudah berkahwin dan menjalin hubungan sulit dengan rakan kongsi perniagaannya memasang kamera video mini di tandasnya supaya lelaki itu...

Sukan

0 PASUKAN Johor Darul Ta’zim (JDT) mengakui tidak sabar untuk menguji rumah baharu Selangor FC di Kompleks Sukan Shah Alam yang dijangka siap sepenuhnya...

Mamak News

0 KUALA LUMPUR – Bekas isteri Datuk S.M Faisal S.M Nasimuddin, Emilia Hanafi memberitahu Mahkamah Majistret di sini hari ini sejak menjadi ibu tunggal,...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications