Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

395,000 individu ultra kaya miliki kekayaan lebih RM210 trilion


LONDON – Singapura merekodkan seramai 4,160 individu yang memiliki kekayaan bersih sangat tinggi (UHNWI) pada 2022, me­ningkat 13.4 peratus berbanding tahun sebelumnya, demikian menurut firma data Altrata ­seperti laporan akhbar South China Morning Post kelmarin.

Angka tersebut menyaksikan Singapura berada di tempat ketujuh dunia dan mengatasi ­Tokyo di tangga kesembilan dengan 3,710 UHNWI, menurun 27 peratus berbanding 2021.

UHNWI merujuk kepada individu yang mempunyai nilai kekayaan bersih melebihi AS$30 juta (RM140.24 juta).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hong Kong kekal di tempat pertama apabila merekodkan 12,615 UHNWI untuk mengatasi Bandar Raya New York yang mempunyai 11,845 individu tersebut.

Namun, bilangan UHNWI Hong Kong merosot sebanyak 23 peratus, manakala New York mencatatkan peningkatan 2.3 peratus.

Di peringkat global pula, bila­ngan golongan ultra kaya itu susut 5.4 peratus kepada 395,070 orang sekali gus penurunan pertama sejak tahun 2018 dan penguncupan terbesar sejak 2015.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kekayaan keseluruhan golongan itu juga berkurang 5.5 peratus kepada AS$45 trilion (RM210.35 trilion) tahun lalu, demikian menurut Altrata.

Trend penurunan itu bagaimanapun dijangka tidak akan berterusan. Altrata meramalkan menjelang 2027, kelompok UHNWI akan bertambah kepada 528,100 orang dengan nilai kekayaan bersih meningkat satu pertiga kepada AS$60.3 trilion (RM281.87 trilion).

Tahun 2022 melihat penurunan dan kenaikan ekstrem dalam pasaran kekayaan dunia antaranya disebabkan perang baharu di Eropah, kenaikan harga komoditi, sekatan Covid-19 di China dan peningkatan ketegangan geopolitik.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Lonjakan kadar inflasi global pula mengundang dasar mone­tari ketat dan agresif buat kali pertama dalam tempoh lebih satu dekad,” kata Altrata.

Pasaran bon merosot dan kebanyakan indeks pasaran saham terkemuka mencatat kejatuhan dua angka,” kata laporan sama.

Portfolio aset di kedua-dua Hong Kong dan Bandar Raya New York menerima impak akibat kemerosotan besar dalam pasaran modal, tambah Altrata.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sepanjang dekad lalu, semua 10 pasaran ultra kaya terbesar terletak di Eropah, Asia dan Amerika Utara tetapi perubahan dijangka dalam tempoh 10 tahun lagi berkemungkinan termasuk Arab Saudi, Brazil serta Emiriyah Arab Bersatu.
– AGENSI


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 PETALING JAYA – Tindakan sebuah keluarga menghadiahkan bingkai gambar memaparkan potret ibu mereka kepada seorang tentera yang tamat latihan perajurit muda mengundang sebak...

Hiburan

0 DILAHIRKAN dalam keluarga seni membolehkan Sara Ali Khan yang juga anak kepada aktor tersohor, Saif Ali Khan dengan mudahnya memasuki dunia hiburan. Namun...

Mamak News

0 Tindakan Murni Abang Kurier Tolong Lindungi Jemuran “Customer” Dari Hujan Dipuji Tindakan murni penghantar barangan dipuji selepas dia didapati membantu melindungi barangan pelanggan...

Sukan

0 BUKIT MERTAJAM – Pelumba Giant Cycling Team, Deng Penghai tetap meneruskan perjuangan pada perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 Peringkat 4 dari...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications