Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Dunia

4 Hari Terperangkap Dalam Perigi, Rayan Disahkan Meninggal Dunia


Kanak-kanak Maghribi berusia 5 tahun yang terperangkan sejak Selasa lalu dilaporkan telah meninggal dunia walaupun usaha menyelamat giat dijalankan tanpa henti. Berita kematian Rayan Oram itu disahkan Istana Diraja Maghribi pada Sabtu.

Kanak-kanak terbabit mendapat liputan antarabangsa selepas terjatuh ke dalam perigi sedalam 32 meter yang sempit di Kampung Ighran, di wilayah Chefchaouen. Kerja-kerja menyelamat menjadi sukar selepas faktor tanah runtuh dan mendap perlu diambil kira sebelum Rayan dapat diselamatkan.

Terdahulu, pasukan penyelamat Maghribi dilaporkan berjaya menemui budak lelaki itu di dalam lubang perigi sempit sedalam 32 meter.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kejayaan itu menerima sorakan dan rasa syukur daripada penduduk setempat yang pada ketika itu tidak mengetahui status sebenar keadaan Rayan. Rayan kemudiannya disahkan meninggal dunia.

“Merujuk kepada insiden kemalangan yang melibatkan nyawa kanak-kanak bernama Rayan Oram, Raja Maghribi Raja Mohammed VI telah membuat panggilan telefon kepada keluarga mangsa dan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Rayan atas pemergiannya,” kenyataan daripada pihak istana.

Warganet yang tanpa henti menantikan perkembangan adik Rayan di media sosial turut menzahirkan rasa sedih dan ucapan takziah buat keluarga Rayan menerusi hashtag #SaveRayan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement