Hi, what are you looking for?

Tempatan

40 pusat penanggalan gelang kuarantin dibuka Selasa ini


PUTRAJAYA: Sebanyak 40 penambahan Pusat Penanggalan Gelang Kuarantin melalui kerjasama dengan U.n.i Klinik akan dibuka Selasa ini, bagi memudahkan orang ramai mendapatkan khidmat menanggalkan peranti pengesanan digital mereka dengan lebih pantas dan efisyen.

Dalam satu kenyataan QuickMed, penyelesaian penjagaan kesihatan digital memaklumkan keputusan itu susulan kejadian lonjakan jumlah pengguna yang beratur di salah satu pusat penanggalan bagi memulangkan peranti pengesanan digital mereka selepas tamat tempoh perintah kuarantin di rumah, hari ini.

Katanya, lokasi baharu ini akan beroperasi sepenuhnya bermula Selasa ini dari pukul 9 pagi hingga 5 petang setiap hari.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Individu yang sudah melengkapkan tempoh perintah kuarantin mereka boleh terus menghadirkan diri ke lokasi yang terdekat untuk mendapatkan khidmat penanggalan peranti pengesanan digital mereka tanpa melakukan temu janji.

“Orang ramai juga dinasihatkan bahawa kawasan menunggu di klinik-klinik ini adalah terhad dan lokasi utama QuickMed di UEM Edgenta Learning Centre yang terletak di 5, Jalan 51/217, Seksyen 51, 46050 Petaling Jaya, Selangor, kekal beroperasi pada hari dan masa yang sama,” katanya, hari ini.

Kenyataan itu menyebut, sebanyak 19 pusat di Lembah Klang, lima di Perak dan tiga di Johor.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Pulau Pinang, Kedah, masing-masing dua pusat penanggalan manakala Kelantan, Perlis dan Melaka, masing-masing satu pusat penanggalan.

“Bagi mereka yang ingin mendapatkan bantuan lanjut, bolehlah menghubungi QuickMed melalui talian awam
03-30008856 atau talian WhatsApp, 019-6547181, 019-6547806, 019-654 7907, 019-6548565 atau 019-6549361 atau E-Mel, [email protected],” katanya.

Untuk maklumat lanjut dan senarai lengkap semua lokasi Pusat Penanggalan, sila layari www.uemedgenta.com/hqms.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Utusan Malaysia

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Budak Empat Tahun Lompat Dari Tingkat 26 Guna Payung, Terpengaruh Teng Kartun Gara-gara terpengaruh teng kartun, seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun bertindak...

Mamak News

0 SUNGAI PETANI – Tindakan seorang pemandu Grab berhenti di luar lorong kecemasan mengundang padah apabila dia maut dilanggar sebuah lori dalam kemalangan di...

Mamak News

0 Rumah Kongsi Lapan Pintu Musnah Dalam Kebakaran MELAKA, 29 Mei (Bernama) — Sebanyak lapan pintu rumah kongsi berkeluasan 3,962 meter persegi di sebuah...

Mamak News

0 PASIR PUTEH – Kegembiraan seorang remaja yang mandi bersama empat rakannya di air terjun Jeram Linang di sini bertukar tragedi apabila dia tergelincir...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications