Hi, what are you looking for?

Mamak News

42 kes buli direkodkan di Perak


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

IPOH – Sebanyak 42 kes buli direkodkan di sekolah-sekolah di Perak dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini bermula Januari.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, jumlah tersebut menunjukkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya sebanyak dua kes.

Mohd. Yusri (kanan) bercakap pada sidang akhbar di Sekolah Menengah Kebangsaan Anderson, Ipoh hari ini. FOTO/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

“Keadaan ini bagaimanapun masih lagi terkawal dan kejadian yang berlaku juga tidak membabitkan kematian, hanya cedera.

“Apabila ada perbincangan antara pihak sekolah, ibu bapa, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta pegawai perhubungan sekolah (PPS), perkara ini dapat diselesaikan dengan baik,” katanya ketika ditemui selepas program #katakan tidak kepada buli di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Anderson di sini awal pagi tadi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, mengulas mengenai program yang diadakan serentak di 30 buah sekolah berasrama di negeri ini, beliau berkata, ia merupakan inisiatif polis dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dalam usaha membentuk persekitaran sekolah yang sejahtera dan selamat kepada pelajar.

Malah katanya, program itu juga bertujuan membendung kejadian buli melibatkan pelajar-pelajar sekolah di asrama. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. LIGHTNING RIDGE: Sebuah bandar di New South Wales, Australia menganjurkan acara penggalian fosil dinosaur kepada penduduk tempatan. Tidak...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Mungkin di Malaysia warga Bangladesh sering dipandang hina dan dikategorikan sebagai masyarakat kelas ‘cap ayam’. Namun, ramai yang...

Hiburan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. SHAH ALAM – “Ya, memang saya yang rancang.” Demikian pengakuan penyanyi Jaclyn Victor berhubung kritikan teruk netizen terhadap...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – Pengeluar produk roti Gardenia, Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. melancarkan Roti Gandum Penuh dan Roti...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications