Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

43 penunjuk perasaan ditahan serang polis dalam rusuhan di Batam


BATAM: Polis Indonesia menahan 43 individu yang disyaki merusuh dan menyerang polis ketika protes terhadap rancangan untuk menempatkan semula komuniti di Batam bagi pelaksanaan projek taman perindustrian bernilai berbilion dolar.

Keganasan meletus di Pulau Rempang, kira-kira 44 kilometer dari Singapura apabila kira-kira 1,000 penunjuk perasaan berkumpul di hadapan pejabat BP Batam, satu daripada pemaju yang membangunkan Rempang Eco City.

Menurut media Antara, enam pegawai keselamatan turut cedera selepas dilempar batu dalam rusuhan yang dilaporkan berlaku kelmarin.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pegawai tersebut dilaporkan terdiri daripada petugas Direktorat Pengamanan (Ditpam) Batam dan pihak polis.

Mereka dihantar ke klinik yang disediakan di dalam pejabat di Batam untuk mendapatkan rawatan.

Rakaman video media tempatan menunjukkan penunjuk perasaan membaling botol dan batu ke arah polis serta merobohkan pagar sebelum mereka bertindak balas dengan meriam air dan gas pemedih mata.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Rempang Eco City akan menjadi pusat kepada kilang pengeluar kaca, Xinyi Glass Holdings Ltd, milik China yang komited untuk membina kilang pemprosesan pasir kuarza di taman itu.

Jurucakap BP Batam, Ariastuty Sirait berkata, penduduk enggan berpindah selepas menetap di tanah itu selama bertahun-tahun, sambil menambah mereka akan menerima bantuan tunai sehingga penempatan baharu siap.

Kira-kira 700 keluarga akan dipindahkan pada peringkat pertama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Presiden Indonesia, Joko Widodo berkata, kerajaan bercadang menyediakan tanah dan rumah kepada setiap penduduk sebagai pampasan kerana berpindah.

“Tetapi langkah itu tidak dimaklumkan kepada rakyat. Jadi, ia menjadi masalah,” katanya merujuk kepada bantahan berkenaan.-REUTERS/AGENSI


Sumber: Utusan Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 BATAM: Pulau Rempang di Kepulauan Riau tidak jadi dikosongkan untuk memberi laluan kepada projek mega yang menyaksikan kerjasama Indonesia dengan China menerusi pembinaan...

Mamak News

0 PUTRAJAYA – Ternakan di negara ini dilaporkan bebas daripada penyakit Nipah di mana jangkitannya boleh tersebar melalui sentuhan langsung dengan haiwan terjangkit selain...

Mamak News

0 Warga Emas Jadikan Rumah Tempat ‘Timbunan’ Sampah, Abai Keselesaan Jiran IPOH, 25 Sept (Bernama) — Sikap terlalu prihatin terhadap alam sekitar menyebabkan seorang warga...

Mamak News

0 NEW DELHI, India – Kenaikan tinggi harga bahan masakan utama seperti tomato dan bawang menyebabkan kebanyakan penduduk di India mengurangkan atau tidak menggunakan...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications