Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

5 Juta Data Peribadi Penumpang AirAsia Dalam Bahaya?


Satu ciapan di Twitter yang dibuat oleh @TheFuturizts mendakwa, sekumpulan penggodam yang dikenali sebagai Daixin telah berjaya memperolehi 5 juta data peribadi penumpang dan pekerja syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia.

Menurut ciapan itu juga, kumpulan terbabit didapati telah berkongsi dua fail yang mengandungi pelbagai butiran peribadi pekerja dan penumpang AirAsia serta mengugut akan memuat naik semua data sulit AirAsia itu di internet.

“Penggodam berlaku awal bulan ini. Fail pertama mengandungi maklumat penumpang, manakala yang kedua berkongsi butiran pekerja, seperti tarikh lahir, negara, alamat, tarikh pekerjaan, dan juga ‘soalan rahsia’ mereka dengan jawapan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Menurut jurucakap Daixin, Airasia menghubungi kumpulan itu untuk berbincang supaya mereka memadam semula data yang dikongsi tetapi gagal mencapai persetujuan mengenai bayaran,” jelasnya lagi.

Memetik laporan yang ditulis oleh wartawan Sinar Harian, Raiham Mohd Sanusi, perkara ini amat mengejutkan kerana kumpulan penggodam itu sebelum ini hanya gemar menyerang rangkaian bisnes di Amerika Syarikat sahaja.

Daixin juga mendedahkan mereka tidak meneruskan serangan ke dalam sistem rangkaian AirAsia disebabkan ianya tidak tersusun serta tidak mempunyai piawaian yang selaras.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pihak AirAsia setakat ini masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi berhubung isu kebocoran data peribadi ini.

| Kampungmamakcom Air Asia

BACA: Kes Hina Nabi Muhammad, ‘Hacker’ Malaysia Godam Laman Web Kerajaan India

Sumber: Sinar Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Pelakon sensasi Puteri Sarah akan mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang wanita bernama Nazatul Nazira dengan jumlah saman sebanyak RM1 juta....

Hiburan

0 PETALING JAYA – Mengakui dalam fasa bermalas-malas sehingga kurang bersemangat melakukan sebarang kerja, penyanyi Wany Hasrita mengalami peningkatan berat badan mendadak. Ujar Wany...

Hiburan

3s FILEM arahan dan lakonan penghibur berbakat besar,  Bradley Cooper berjudul Maestro mula diluncurkan sekitar hujung 2023, namun impaknya masih berbahang sehingga kini, tambahan...

Advertisement