Hi, what are you looking for?

Mamak News

5 pekerja kontrak ditahan bantu siasatan kes samun


PUTRAJAYA – Seramai lima lelaki pekerja kontrak membuat pagar ditahan polis bagi membantu siasatan dua kejadian samun bersenjatakan parang di Presint 11 di sini Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah (IPD) Putrajaya, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, kejadian pertama berlaku di Jalan P11 B kira-kira pukul 3.55 pagi apabila sebuah rumah dimasuki dua lelaki bertopeng dan mengacukan parang kepada pemilik rumah berusia 42 tahun.

“Ketika mangsa sedang tidur seorang diri di bilik tidur utama, suspek bertopeng telah membuka lampu dan mengacukan parang kepadanya sebelum mengikat kedua ibu jarinya menggunakan ‘cabletie’ dan mengarahkan mangsa menyerahkan dompet yang mengandungi wang tunai RM200.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Suspek turut menyelongkar rumah mangsa dan melarikan dua bentuk cincin, seutas gelang tangan dan subang dengan anggaran kerugian RM1,500 sebelum melarikan diri tidak lama kemudian,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Difahamkan ketika kejadian mangsa berada di rumah bersama tiga anak manakala isterinya tinggal di asrama sebuah universiti kerana sedang melanjutkan pengajian.

Menurut A. Asmadi, kejadian kedua pula berlaku selang sehari pada pukul 4.50 pagi di sebuah kediaman milik warga emas berusia 66 tahun di Jalan P11/1 yang memaklumkan rumahnya dicerobohi dua individu bertopeng bersenjatakan parang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Mangsa memaklumkan dia mengalami kerugian sebanyak RM20,000 apabila barang kemas dan wang tunai berjumlah RM6,500 dilarikan suspek,” ujar beliau.

Tambah beliau, kejadian tersebut dipercayai didalangi oleh kumpulan digelar Geng Rantau warga Indonesia dan susulan laporan yang diterima pihak polis telah menahan tiga lelaki Indonesia dan dua lelaki tempatan bagi membantu siasatan.

“Kesemua suspek berusia 29 hingga 44 tahun yang bekerja sebagai pekerja kontrak membuat pagar di Saujana Hijau di sini direman tujuh hari sehingga 18 Ogos ini bagi membantu siasatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 395 dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan,” tegas beliau.- KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement