Hi, what are you looking for?

#image_title

Hiburan

5 vokalis wanita lokal alaf milenium paling ‘digeruni’


MENGAMBIL contoh Hollywood, Beyonce, Adele dan Lady Gaga berdiri sebagai antara penyanyi wanita yang memberi dampak seputar awal era 2000-an, bahkan hingga sekarang.

Kuasa seni suara mereka diperakui secara global apabila bukan sahaja masih lazim di bibir peminat tetapi turut dibuktikan dengan deretan anugerah serta trofi yang datang dari sudut kualiti dan populariti.

Di Malaysia pula, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Aishah, Dayang Nurfaizah, Misha Omar dan Liza Hanim sekadar menyebutkan beberapa nama telah sekian tahun mencipta fenomena tersendiri dengan listrik dan keunggulan vokal masing-masing. Waktu bergulir dan posisi mereka masih utuh sehingga sekarang. Seiring evolusi, tahun demi tahun, hadir bakat baharu yang menjadi sebutan dan mencuri perhatian peminat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bukan membunuh sebaliknya memeriahkan, Gala minggu ini merangkumkan nama-nama vokalis wanita lokal handalan yang digeruni
saat muncul di pentas pertandingan.

AINA ABDUL

VOKALIS handalan pertama, tidak lain dan tidak bukan, pastinya Aina Abdul atau nama lengkapnya, Nurul Aina Abdul Ghani. Terkenal dengan kualiti dan kawalan vokal luar biasa, wanita berusia 29 tahun itu menjadi sorotan dek fesyen artistik dan eksentriknya. Awalnya, perjalanan seni anak kelahiran Johor Bahru itu tidak mudah biarpun bergelar naib juara Mentor Legend (2014). Lama ‘bergelut’ untuk disedari, akhirnya selepas enam tahun dalam industri, Aina memecah kebuntuan arus perdana dengan single berhantu, Semalam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pencapaian tertingginya apabila berjaya menjulang trofi juara keseluruhan Anugerah Juara Lagu ke-37 (Terus Hidup) selain baru-baru ini diangkat sebagai Penyanyi Wanita Popular pada Anugerah Bintang Popular ke-35.

ERNIE ZAKRI

Seperti Aina, perjalanan seni Nur Ernie Shahirah Zakri atau Ernie Zakti juga penuh ranjau. Digelar ‘Queen of Headvoice Malaysia’, Ernie bermula dengan Bintang RTM 2009. Bergelar juara bukan akses mudah buatnya walaupun setelah menerbitkan album berjudul Sinaran (2011). Hanya selepas berduet dengan Syamel (yang kini suaminya) pada AJL32 menerusi lagu Aku Cinta dan memenangi Vokal Terbaik, barulah namanya jadi sebutan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada AJL35, Ernie juga meraih trofi Vokal Terbaik menerusi Gundah. Tahun lalu, dia diangkat pula sebagai pemenang Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Wanita) menerusi Sinar Mata Hati dan dua trofi utama lain pada edisi yang sama.

NADEERA

Sezaman dengan Aina Abdul, Nadeera Zaini atau kini menggunakan nama pentas Nadeera melengkapkan senarai Top 5 vokalis wanita tempatan paling digeruni. Naratif seni Nadeera, 29, sangat panjang dan tidak semua menyebelahi nasibnya. Dua kali menyertai program realiti iaitu Vokal… Bukan Sekadar Rupa dan Mentor Legend, Nadeera gagal menyerlah dengan baik. Lama menyepi, Nadeera akhirnya menebus kekecewaan apabila diangkat sebagai juara Big Stage musim kelima (BS5). Pasca BS5, ramai mengharapkan lonjakan Nadeera.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Seperti Aisha, dia perlukan perlukan pasukan tepat untuk menyerlah dan menolak kerjaya nyanyiannya ke hadapan. Lihat sahaja liku ditempuhi Aina sehingga berjaya pada tahap sekarang. Kejayaan tidak datang bergolek atau orang Barat bilang, Rome wasn’t in a day!

AISHA RETRO

Masih berstatus penyanyi underrated, Aisha Retno barangkali belum sebaris dengan Aina, Ernie mahupun Marsha dari segi populariti, namun bakat nyanyiannya memang tidak boleh dinafikan. Menang tempat ketiga Big Stage musim keempat (BS4), Aisha bukan sahaja vokalis hebat bahkan mampu mengendalikan alat muzik seperti piano dengan baik.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Satu perihal pergelutan Aisha dalam arus perdana adalah dia cuma memerlukan satu atau dua killer song atau pentas besar seperti AJL seterusnya membuka mata ramai betapa sebenarnya dia layak bersimbah kemilau gemerlapan seperti vokalis wanita popular lain. Barangkali, Aisha cuma perlukan pasukan pemasaran yang bijak mengendalikan kerjaya seninya.

MARSHA MILAN

Marsha atau nama sebenarnya, Marsha Milan Londoh memiliki perjalanan karier yang sangat menarik. Dia sezaman dengan Mawi yang dahulu dikenali sebagai Raja SMS dalam Akademi Fantasia musim ketiga (AF3), Marsha berjaya dinobatkan sebagai pemenang tempat ketiga pertandingan tersebut sementelah Mawi merupakan juaranya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selepas 18 tahun usai AF3, jenama Marsha meroket dengan kualiti vokal yang masih utuh. Pentas AJL36 menjadi saksi apabila berketurunan Kadazan-Dusun itu dinobatkan sebagai naib juara dan membawa pulang trofi Persembahan Terbaik menerusi lagu berjudul Cinta.


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 KUALA LUMPUR – Panik melihat anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membuat sekatan menyebabkan ada penunggang motosikal sanggup membahayakan diri dengan melawan arus bagi...

Mamak News

0 “Tidak Mencela, Memfitnah, Memaki Hamun Terhadap Sesiapa, Keindahan Pekerti Dan Akhlak Rasulullah SAW” – PM PUTRAJAYA —  Bersempena sambutan Maulidur Rasul, Perdana Menteri,...

Mamak News

0 IPOH – Sebanyak 10,568 notis dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kepada penunggang motosikal atas pelbagai kesalahan sepanjang Op Khas Motosikal 2023 dilancarkan bermula 1...

Sukan

0 IPOH – Biarpun membuat penampilan sulung pada perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023, namun ia ternyata tidak mendatangkan masalah buat pelumba Caja...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications