Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

6.3 Juta Ahli KWSP Bawah 55 Tahun Miliki Simpanan Kurang RM10,000


simpanan kwsp

6.3 JUTA AHLI KWSP BAWAH 55 TAHUN MILIKI SIMPANAN KURANG RM10,000

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) — Isu ketidakcukupan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ketika ini berada pada tahap serius apabila 6.3 juta ahli berumur bawah 55 tahun atau 48 peratus mempunyai baki simpanan kurang daripada RM10,000 dalam akaun mereka setakat 30 Sept lepas.

Dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen hari ini, Kementerian Kewangan memaklumkan jumlah itu meningkat berbanding 4.7 juta ahli atau 37 peratus yang direkodkan pada April 2020, iaitu sebelum pengeluaran khas berkaitan COVID-19 diperkenalkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Dengan simpanan kurang daripada RM10,000, ahli dijangka hanya mempunyai pendapatan persaraan yang kurang daripada RM42 sebulan untuk tempoh 20 tahun.

“Implikasi pengeluaran tambahan daripada Akaun 1 juga telah memberikan kesan jangka panjang iaitu pengurangan jumlah simpanan persaraan yang ketara dalam kalangan ahli KWSP,” menurut Kementerian Kewangan.

Ia bagi menjawab soalan Zulkifli Ismail (PN-Jasin) mengenai inisiatif kerajaan bagi menangani masalah wang persaraan rakyat yang tidak mencukupi yang turut dihimpit dengan saiz sektor tidak formal yang besar di Malaysia dan nisbah tanggungan lebih tinggi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut Kementerian Kewangan, isu berkenaan dilihat serius apatah lagi negara kini sedang menghadapi fenomena penuaan penduduk yang pantas kerana ia bakal memberi impak besar kepada negara dan rakyat terutama dari segi ekonomi, produktiviti, kesejahteraan sosial, kualiti hidup dan kesihatan.

Sementara itu, kerajaan menerusi Belanjawan 2024 telah mengumumkan untuk meningkatkan had caruman padanan kerajaan di bawah program i-Saraan daripada RM300 kepada RM500 setahun, tertakluk kepada had maksimum RM5,000 seumur hidup bagi setiap individu yang layak.

Sumber: BERNAMA

Advertisement. Scroll to continue reading.

The post 6.3 Juta Ahli KWSP Bawah 55 Tahun Miliki Simpanan Kurang RM10,000 appeared first on Siakap Keli.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Lifestyle

0 Kali terakhir dilihat di Sungai Maong, Kuching Pemilik Dakwa Boleh Bergerak Laju, Kura-Kura Gergasi Melarikan Diri Di Kuching. Individu ini muat naik iklan...

Mamak News

0 Polis Nafi Zayn Rayyan Mangsa Dera PETALING JAYA, 8 Dis (Bernama) — Tiada bekas luka lama akibat penderaan dikesan pada badan kanak-kanak autisme...

Mamak News

0 Tak Kumpau, Budak 11 Tahun Berjaya Naikkan Ikan Keli Berat 68 Kilogram Seorang kanak-kanak berasal dari United Kingdom dilaporkan berjaya menangkap ikan keli...

Lifestyle

0 Perjalanan Alyssa dalam Universe Ticket Berakhir, Pengunduran Penuh Spekulasi Gadis Borneo Tarik Diri Dari Universe Ticket, Netizen Dakwa Produksi TV Korea Selatan Berat...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications