Hi, what are you looking for?

Hiburan

6 Bulan Isu Nana Masih Tak Selesai, Syura Akui Emosi Kacau Dapat Komen Melampau


Sedar tak sedar, rupanya sudah 6 bulan berlalu sejak tercetusnya isu saman fitnah antara Nana dan 5 rakan baiknya. Semuanya bermula apabila mereka berlima didakwa mengumpat secara ‘berjemaah’ di sebuah sesi IG live sekali gus membuatkan nama baik Siti Nordiana tercalar. Hari demi hari berlalu dan tuntutan demi tuntunan dikeluarkan, kemelut berkenaan masih belum menemui titik nokhtah.

Terbaru menerusi temubual dengan pihak mStar, Syura Badron mendedahkan dia masih menerima kecaman yang bersifat melampau daripada segelintir netizen. Walaupun sudah 20 tahun makan ‘asam garam’ dalam dunia hiburan, pelantun lagu ‘Khazanah Pujangga’ ini akui terkesan apabila menerima tekanan sebegitu. Namun sokongan daripada orang terdekat menjadi penguat semangatnya untuk terus bertahan.

6 Bulan Isu Nana Masih Tak Selesai, Syura Akui Emosi Kacau Dapat Komen Melampau 3
6 Bulan Isu Nana Masih Tak Selesai, Syura Akui Emosi Kacau Dapat Komen Melampau 4

Sepanjang kemelut ini berlarutan, Syura tidak ketinggalan menerima tanggapan buruk dirinya umpama sedang menangguk di air keruh apabila didakwa cuba meraih populariti. Tenang menafikan hal terbabit, dia percaya semua yang berlaku mempunyai hikmah selain menegaskan tiada langsung rasa iri hati terhadap kawan baiknya itu.

6 Bulan Isu Nana Masih Tak Selesai, Syura Akui Emosi Kacau Dapat Komen Melampau 5
6 Bulan Isu Nana Masih Tak Selesai, Syura Akui Emosi Kacau Dapat Komen Melampau 6

Berbalik kepada isu saman fitnah di mahkamah pula, tiada apa yang diharapkannya selain menemui keputusan terbaik. Terdahulu, 5 sekawan itu pernah diberikan peluang penyelesaian melalui permohonan maaf secara terbuka. Namun hingga kini, kedua-dua pihak masih belum berdamai sementara peminat terus berharap agar kemelut itu ditamatkan serta-merta.

6 Bulan Isu Nana Masih Tak Selesai, Syura Akui Emosi Kacau Dapat Komen Melampau 7
6 Bulan Isu Nana Masih Tak Selesai, Syura Akui Emosi Kacau Dapat Komen Melampau 8

Kredit : Portal mStar

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 SINGAPURA: Seorang wanita yang sudah berkahwin dan menjalin hubungan sulit dengan rakan kongsi perniagaannya memasang kamera video mini di tandasnya supaya lelaki itu...

Sukan

0 PASUKAN Johor Darul Ta’zim (JDT) mengakui tidak sabar untuk menguji rumah baharu Selangor FC di Kompleks Sukan Shah Alam yang dijangka siap sepenuhnya...

Mamak News

0 KUALA LUMPUR – Bekas isteri Datuk S.M Faisal S.M Nasimuddin, Emilia Hanafi memberitahu Mahkamah Majistret di sini hari ini sejak menjadi ibu tunggal,...

Hiburan

0 PUTRAJAYA –  Terkesan nasib menimpa mangsa keganasan rumah tangga, Jahidah Nordin, 44, penyanyi dan usahawan, Sufian Suhaimi, 31, tampil menghulurkan bantuan berbentuk wang...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications