Hi, what are you looking for?

Mamak News

6 Maut Akibat Banjir, Tanah Runtuh Di Papua, Indonesia


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

JAKARTA, 7 Jan (Bernama) — Sekurang-kurangnya enam orang maut dan lebih 500 penduduk terpaksa meninggalkan rumah mereka selepas banjir teruk dan tanah runtuh di Wilayah Papua, menurut Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB).

Ibu kota wilayah itu, Bandar Jayapura, menjadi antara kawasan yang paling teruk dilanda banjir, termasuk daerah Jayapura Utara, Jayapura Selatan, Abepura, Heram dan Muara Tami.

“Hujan renyai masih membasahi Abepura,” kata jurucakap BNPB Abdul Muhari dalam satu kenyataan, sambil menambah bahawa banjir yang disebabkan oleh hujan lebat turun selama berjam-jam mulai 10 malam pada Khamis.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beberapa rumah, hospital dan bangunan awam semuanya terjejas dan penduduk berpindah dengan sebuah trak dan tiga bot getah.

Sementara itu, angin ribut membadai daerah Aceh Tenggara, Wilayah Aceh, merosakkan 29 rumah, kemudahan awam dan dua gereja. Ia melanda Kampung Lawe Sagu Hulu, Kampung Mbacang Racun di Daerah Lawe Bulan, dan Kampung Tenembak Lang-lang di Daerah Deleng Pokhkison.

Terkini, banjir juga menenggelamkan kawasan di wilayah Aceh, Jambi dan Sumatera Utara menyebabkan kira-kira 20,000 orang kehilangan tempat tinggal mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: BERNAMA

Teruskan Membaca

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KETUA jurulatih baharu Se­langor FC, Tan Cheng Hoe ber­harap anak-anak buahnya tidak menunggu lama untuk ‘menyerap’ ilmu serta...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KOTA BHARU – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan mengenal pasti kira-kira 595 lasi ‘hot spot’ yang...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Hanya Kerana Tersilap Eja, Guru Didakwa Tergamak Belasah Pelajar Hingga Mati Polis India sedang mencari seorang guru yang...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. RIYADH: Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Salman dilantik sebagai Perdana Menteri menerusi rombakan Kabinet yang dititahkan Raja Salman. ...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications