Hi, what are you looking for?

Mamak News

61 PATI cuba masuk Malaysia melalui Perak ditahan


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

LUMUT – Seramai 61 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk tujuh wanita yang cuba memasuki negara ini melalui Perak ditahan dalam sebuah bot di perairan dekat Pulau Talang, awal pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, polis turut menahan tekong bot berusia 39 tahun dan dua pembantunya berusia 45 dan 40 tahun.

“Kesemua PATI yang tidak memiliki dokumen perjalanan sah termasuk tekong bot serta pembantu tekong berasal dari negara jiran.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Bertindak atas maklumat awam, Markas Operasi Pasukan Polis Marin (PPM) dibantu Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah berjaya menahan sebuah bot tanpa nombor pendaftaran di lokasi 2.5 batu nautika dari Pulau Talang kira-kira pukul 2.15 pagi,” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati kesemua PATI dikenakan bayaran antara RM800 hingga RM4,000 seorang kepada ejen di negara jiran itu bagi menyusup masuk ke negara ini.

Pada masa sama, tekong bot yang ditahan turut mengaku telah mula berlepas dari negara jiran menuju ke Pulau Angsa dan Sekinchan, Selangor sebelum bergerak ke perairan Perak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau memaklumkan kesemua tahanan dibawa ke Markas Operasi PPM Kampung Acheh, Sitiawan bagi soal siasat dan tindakan lanjut oleh agensi berkaitan.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 26A Akta Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan Seksyen 4 Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (SOSMA) 2012. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. SHAH ALAM – Kejayaan pasukan bola sepak Universiti Teknologi Mara (UiTM), UiTM FC yang layak ke Piala Malaysia...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Polis Cari Waris Abang Tiri Kim Jong Un, Tuntut Barangan Peribadi Mendiang Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KAJANG – Aksi seorang lelaki tempatan mencuri tong gas di sebuah kediaman yang tular di media sosial akhirnya...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KKR nafi dakwaan ‘Malaysia ke-12 terbawah miliki jalan raya terburuk’ KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) — Kementerian Kerja...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications