630,000 Pek Juadah Berbuka Puasa Percuma ‘Iftar Rahmah’ Bernilai RM4 Juta Menanti Anda Sepanjang Ramadan
Tidak hanya pada ‘menu’ makanan di kedai makan sahaja, kini konsep ‘Rahmah’ sudah dikembangkan lagi kepada juadah berbuka puasa secara percuma untuk insan memerlukan.
Demikianlah inisiatif Iftar Rahmah Ramadan 144H oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bersama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sepanjang Ramadan tahun ini.
JAWI dalam satu kenyataan memaklumkan, program tersebut merupakan salah satu inisiatif bagi membantu meringankan beban perbelanjaan rakyat.
“Iftar Rahmah Ramadan 1444H adalah sebuah program berkonsepkan soup kitchen yang berpusat di masjid dan surau di Wilayah-Wilayah Persekutuan.
“(Ia) bagi menyediakan pek makanan dengan pelbagai jenis menu juadah berbuka puasa setiap hari secara percuma kepada golongan sasaran yang memerlukan.
“Tujuan utama program tersebut adalah untuk membantu meringankan beban kos sara hidup dalam kalangan ahli kariah,” maklum kenyataan itu baru-baru ini.
RM4 juta diperuntukkan untuk Iftar Rahmah Ramadan 144H
Menurut JAWI, sejumlah RM4 juta kos perbelanjaaan diperuntukkan oleh MAIWP bagi menjayakan program tersebut.
“Program Iftar Rahmah Ramadan 1444H dijangka dapat memberikan manfaat kepada 21,000 orang penerima setiap hari.
“Manakala jumlah keseluruhan penerima manfaat yang dijangkakan sepanjang program tersebut berlangsung (adalah) berjumlah 630,000 orang,” tambah kenyataan itu lagi.
Difahamkan inisiatif itu melibatkan penyertaan 70 buah masjid dan surau terpilih* di sekitar Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
(*senarai masjid & surau rujuk di bawah)
Petugas masjid & surau ‘merewang’ sediakan juadah Iftar Rahmah Ramadan 144H
Dalam pada itu, difahamkan kaedah pelaksanaannya adalah petugas masjid dan surau akan bersama-sama ‘merewang’ dan memasak juadah secara bergotong-royong.
Setelah siap, kesemua juadah berkenaan akan diedarkan kepada golongan sasaran yang ditentukan seperti kalangan penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Projek Perumahan Awam.
Tidak terkecuali turut sama akan menerima juadah Iftar Rahmah Ramadan 144h semestinya adalah golongan B40, asnaf, petugas barisan hadapan dan mereka yang memerlukan.
Untuk info, Iftar Rahmah Ramadan 144H adalah sebuah program yang dijalankan di bawah agenda Pelan Transformasi Hal Ehwal Agama Menuju Malaysia Madani (Al-Falah).
Pelan transformasi tersebut dilancarkan secara rasminya oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar awal Februari lalu.
Senarai 70 masjid & surau terpilih di WP Kuala Lumpur, Putrajaya & Labuan untuk Iftar Rahmah Ramadan 144H
WP Kuala Lumpur
Zon 1:
Masjid Al-Zakirin, Taman Wilayah Selayang
Masjid Al-Qurtubi, Taman Seri Segambut
Masjid Saidina Hamzah, Kg. Batu Muda Off Jalan Ipoh
Masjid Abu Hurairah, Batu 5, Jalan Ipoh
Masjid Al-Firdaus, Segambut Luar
Surau Al Hikmah, PPR Beringin, Jinjang Utara
Surau Al-Hidayah, PPR Taman Wahyu 2, Batu 6 Jalan Ipoh
Surau Al-Muhajirin, PPR Batu Muda, Jalan Ipoh
Surau Al-Hijriah, PPR Sri Aman, Jinjang Utara
Surau Al-Hijrah, Mutiara Magna No. 2 Jln Metro Prima 1
Zon 2:
Masjid Amru Bin Al-‘As, Bandar Baru Sentul
Masjid Saad bin Abi Waqqas, Bt. 4, Jalan Gombak
Masjid Al-Hidayah, Sentul Pasar, Sentul
Masjid Zaid bin Haritsah, Kg. Sg. Mulia
Masjid Salahuddin al- Ayyubi, Taman Melati, Setapak
Surau Raudhatul Muttaqin, Taman Dato’ Senu
Masjid Ibn Abbas, No.61, Jalan Taman Ibukota
Masjid Saidina Ali.K.W, Kampung Padang Balang
Surau Ikhlasiah Kampung Chubadak Tambahan, Sentul KL
Madrasah Al-Khairiah, Block 33 Flat Seri Perak, Bandar Baru Sentul
Zon 3:
Surau AlFalah, Projek Perumahan Awam Hiliran Ampang KL
Masjid As-Syakirin KLCC, 1, Jalan Pinang
Surau Jumaat Institut Jantung Negara
Masjid Ar-Rahimah, Kg Pandan
Surau At-Taufiqiyah, Jalan Menteri, Jalan Perkasa
Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, Jalan Perak
Masjid Jamek Alam Shah, Jalan Tun Razak
Surau Abbas Al-Habshee, PPR Laksamana, Jalan Peel
Surau Al Hijrah, Chow Kit, Kuala Lumpur
Surau Al-Islah, PPR Sri Sarawak, Loke Yew, Jalan Kenanga
Zon 4:
Masjid Usamah bin Zaid, Wangsa Maju
Masjid Abu Ubaidah Al Jarrah, Taman Sri Rampai
Masjid Al Akram, Datuk Keramat, Kg. Datuk Keramat
Surau Jumaat Balai Islam, Jalan Tun Razak
Surau Jumaat Al Husna, Blok F, PPR Sri Semarak, Jalan Ayer Keroh, Setapak
Surau Jumaat At Taqwa, Surau PPR Blok B, PPR Kampung Baru Ayer Panas
Masjid Ibnu Sina, Titiwangsa
Masjid Jamiul Ehsan, Setapak
Surau Jumaat Muhajirin, Jalan Persiaran Rejang, Desa Rejang, Taman Setapak Jaya
Surau Jumaat As-Syakirin, AU3, Keramat Wangsa
Zon 5:
Masjid Al-Muqarrabin, Bandar Tasik Selatan
Masjid Al-Najihin, Jalan Sri Permaisuri
Masjid Zaid bin Thabit, Desa Tun Razak
Masjid Saidina Othman Ibn Affan, Bandar Tun Razak
Masjid Ibnu Khaldun, Pekan Sg. Besi
Masjid Azzubair Ibnul Awwam, Batu 3 ½, Jalan Cheras
Masjid Abdul Rahman bin Auf, Jalan Puchong
Masjid Al-Khasyi’in, Jalan 2/125, Taman Desa Petaling
Surau Jumaat Asy-Syakirin, PPR Muhibbah Jalan Puchong
Masjid Abdullah bin Zubair, Pengkalan Tentera Udara, Jalan Lapangan Terbang Lama
Zon 6:
Masjid Ar-Rahman UM, Jalan Pantai Baru
Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Jalan Ara Bangsar
Masjid Al-Ikhlasiah, Bukit Kerinchi C2, Pantai Hill Park, Jalan Pantai Permai 7, Off Jalan Pantai Dalam
Masjid Jamek Al-Khadijiah, No. 5, Jalan Pantai Dalam
Masjid Jamek Tg. Abd. Aziz Shah, Kg. Sg. Penchala, Jalan Damansara
Masjid Al-Hidayah, Lot 2957, Kg. Sg. Penchala, Jalan Damansara
Surau Al-Hijrah, No. 1, PPR Pantai Ria, Jalan Pantai Dalam, Off Jalan Kg. Pasir
Surau Ihsaniah, Blok 4-A-G, Kondo Rakyat Desa, Pantai Hillpark, Pantai Dalam
Madrasah Nurul Huda, No. 117, Apartment Hj. Abdullah Hukum, Kg. Haji Abdullah Hukum, Jalan Bangsar
Surau Ibadurahman Lot PT 8, PPR Kampung Limau, Jalan Pantai Dalam
WP Putrajaya
Masjid Mahmoodiah, Presint 18
Surau Putra Al-Amin, Presint 8
Surau Al-Furqan, Presint 11
Surau Jannatul Firdaus, Presint 5
Surau Al Muqarrabin, Presint 3
WP Labuan
Masjid Al-Munawwar, Kg. Pohon Batu
Masjid Jamek An-Nur, Pusat Bandar
Masjid Al-Sultan Abdullah, Kg Sungai Bedaun
Masjid Sirajul Islam, Kg. Tanjung Aru
Masjid Jamek Layang Layangan, Kg Layang-Layangan
Sumber: Kenyataan media Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
Artikel asal oleh: Siakap Keli
