Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

77 keluarga terjejas akibat angin ribut di Meru Raya


IPOH – Sebanyak 77 keluarga terjejas dalam kejadian ribut dan angin kencang yang melanda beberapa kawasan sekitar bandar Meru Raya di sini petang semalam.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, satu mesyuarat melibatkan pelbagai agensi negeri dan Persekutuan telah diadakan pagi tadi untuk menyelaras bantuan dan kerja-kerja pasca bencana.

“Saya dimaklumkan Pejabat Parlimen Tambun dan Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta telah membuat langkah awal dengan menggantikan bumbung rumah yang kerosakannya pada tahap minima selain mengedarkan kanvas untuk menutup sementara bumbung yang rosak,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Pusat Pemindahan Pementara (PPS) di Kampung Sri Kinta di sini hari ini.

Menurutnya, setakat ini, kerja-kerja penilaian sedang giat dilaksanakan oleh Bahagian Pembangunan Daerah, Pejabat Daerah dan Tanah Kinta.

“Kerajaan negeri turut menyalurkan bantuan wang ihsan sebanyak RM300 untuk satu keluarga manakala usaha sedang dibuat bagi menyelaraskan bantuan-bantuan lain termasuk dari Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) sebanyak RM1,000 dan Tabung Musa’adah Madani Jakim,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ujarnya, sistem perparitan yang digunakan kini tidak relevan dan pihak berkuasa tempatan dalam proses mengenal pasti saiz yang sesuai untuk menampung keperluan dalam jangka masa panjang.

Sementara itu, Saarani berkata, bantuan sama turut diberikan kepada enam keluarga yang terjejas akibat hujan lebat dan banjir kilat di Kampung Sri Kinta di sini.

“Pada masa ini, dua PPS telah dibuka iaitu di Dewan Orang Ramai Serbaguna Taman Meru dan Dewan Orang Ramai Kampung Sri Kinta dengan masing-masing menempatkan dua dan enam keluarga,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Teruskan Membaca

Sukan

0 LONDON – Pengendali Tottenham Hotspur, Ange Postecoglou enggan para pemainnya terlalu kecewa dan mengenang kekalahan 1-2 kepada West Ham United kelmarin sekali gus...

Lifestyle

0 Ini antara gerai yang menjual laksa Sarawak di Singapura Ini Gerai Laksa Sarawak Yang Anda Boleh Cuba Di Singapura. Kehidupan anak perantau kadang...

Mamak News

0 Kes Zayn Rayyan: Polis Ambil 228 DNA Penduduk Apartment Idaman PETALING JAYA, 10 Dis (Bernama) — Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengambil sejumlah...

Hiburan

0 PETALING JAYA – Banyak kali berpeluang ke Mekah mengerjakan umrah, pelakon Puteri Sarah Liyana menyifatkan peluang tersebut sebagai rezeki Allah selain mengakui tanah...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications