Setiap kali tiba hujung tahun, kadar hujan di negara kita menjadi tinggi. Beberapa daerah dan kawasan sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga kerana berisiko dengan bencana banjir.
Tetapi tahun ini sangat berbeza, beberapa kawasan seperti di Shah Alam, Puchong yang sudah lama tidak mengalami banjir turut tenggelam akibat hujan lebat tanpa henti selama beberapa hari.
Kita tidak pernah tahu bila bencana akan datang. Oleh itu, kita perlu mempersiapkan beberapa peralatan darurat ketika banjir.
Berikut merupakan beberapa peralatan yang dapat membantu kita ketika banjir:
1. Jaket Keselamatan

Ketinggian banjir bukan hanya boleh mencecah sekaki, selutut, malah boleh sehingga ke paras dada orang dewasa!
Penting untuk memiliki jaket keselamatan lebih-lebih lagi jika korang tak tahu berenang.
Jaket keselamatan ini boleh membantu kita untuk tidak tenggelam dan menyelamatkan nyawa kita dan keluarga kita.
Beli: https://shp.ee/49acaeh
2. Powerbank

Jika keadaan banjir semakin teruk, kebiasaannya pihak TNB akan memutuskan bekalan elektrik di kawasan bencana bagi memastikan keselamatan terjamin.
BACA: TNB Keluarkan Senarai Kawasan Alami Gangguan Bekalan Elektrik Libatkan 58 Kawasan Di Dua Negeri
Kita pasti ingin mengetahui keadaan dari orang-orang terdekat kita. Oleh itu, kita memerlukan powerbank agar bateri telefon bimbit tidak habis. Pastikan powerbank dicaj penuh ya!
Beli: https://shp.ee/vinyw8h
3. Duffle Bag

Sekiranya korang harus menyelamatkan diri (evakuasi) ke tempat yang tinggi atau yang lebih selamat, penting untuk memiliki duffle bag yang ringan dan kompak. Di dalamnya, korang boleh memasukkan dokumen-dokumen penting, baju, makanan ringan, ubat-ubatan, powerbank tadi tu, dan lain-lain.
Beli: https://shp.ee/3bw92uh
4. Botol Air Minuman

Setiap orang memerlukan air untuk bertahan hidup. Ketika banjir, kita susah untuk mendapatkan bekalan air bersih kerana air yang kita minum sudah bercampur dengan air banjir. Oleh itu, lebih baik sekiranya kita bersedia dengan botol minuman yang berisi air bersih untuk kita minum sementara menunggu bantuan tiba.
Beli: https://shp.ee/zu2mddh
5. Lampu Kecemasan atau Lampu Suluh

Lampu kecemasan penting setelah bekalan elektrik dimatikan. Lampu ini dapat menjadi sumber cahaya pada waktu malam. Korang juga boleh menggunakan lampu untuk memberi isyarat pada waktu malam!
Beli: https://shp.ee/3qk4ibh
6. Sleeping Bag

Sekiranya korang terpaksa evakuasi kerana banjir, maka sleeping bag adalah wajib untuk korang ada! Material dari sleeping bag ini tahan air dan angin sehingga dapat memanaskan badan korang dan membuatkan tidur korang lebih selesa.
Ingat, korang perlu tidur untuk ada tenaga pada esok hari!
Beli: https://shp.ee/9qghrfh
7. Cleaning Waterjet

Bagi kawasan perumahan yang kerap berlakunya banjir, korang wajib ada waterjet ini untuk memudahkan urusan korang membersihkan rumah yang terkena banjir. Kadang yang paling susah adalah untuk menanggalkan lumpur yang sudah meliputi lantai-lantai rumah setelah banjir surut.
Beli: https://shp.ee/yuhxj5h
8. Bot Angin (Optional)

Sekiranya korang ada bajet yang lebih, dan kawasan rumah korang pulak memang selalu kena banjir, eloklah beli bot angin ini dan simpan dirumah. Bukan hanya untuk kita, mungkin kita juga mampu menyelamatkan nyawa orang lain dengan bot ini. Dah tak mahal dah sekarang.
Beli: https://shp.ee/izuiufh
Sekian itulah 8 peralatan kecemasan yang wajib korang siapkan sebelum berlakunya banjir. Barang-barang tersebut boleh dibeli di Shopee je! #DaruratBanjir
