Hi, what are you looking for?

#image_title

Hiburan

Aaisyah dihina ‘pick me girl’, Che Ta ‘naik hantu’ lagi


PETALING JAYA – Aktres Rozita Che Wan atau Che Ta berang apabila seorang individu melemparkan kata-kata negatif terhadap anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana dalam Instagram.

Tidak dapat menahan kemarahan anak dituduh sebagai ‘pick me girl’ (rasa diri berbeza dan suka mencari perhatian lelaki), Che Ta atau nama penuhnya Rozita Abu Bakar, 50, menyerang balas individu tersebut dengan memberi amaran supaya tidak meninggalkan komen buruk terhadap anak orang lain.

“Eh! Kau jangan kurang ajar nak komen anak orang lain sesuka hati.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Jaga diri kau, jangan sampai jadi ‘sun**l!”

“Harap anak kau nanti pun tak jadi ‘sun**l atau call girl’ (pelacur),” katanya dalam InstaStory.

 

TANGKAP layar komen balas Che Ta kepada individu yang meninggalkan kata kata negatif mengenai Aaisyah Dhia Rana

 

Sebelum itu, individu tersebut meninggalkan komen pada salah stau hantaran Instagram milik Aaisyah dengan berharap tidak menjadi wanita ‘pick me girl’ satu hari nanti.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Aku harap tak menjadi ‘pick me girl’ apabila sudah besar. Harap nanti jadi anak solehah,” komen individu tersebut.

Sebelum ini, Aaisyah juga kerap menjadi bahan kecaman netizen apabila dikatakan suka bersolek seperti orang dewasa.

Sekadar info, Aaisyah, 9, merupakan anak hasil perkongsian hidup Che Ta dengan aktor Zain Saidin yang mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013.- KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Hiburan

0 PETALING JAYA – Banyak kali berpeluang ke Mekah mengerjakan umrah, pelakon Puteri Sarah Liyana menyifatkan peluang tersebut sebagai rezeki Allah selain mengakui tanah...

Sukan

0 MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola mengakui pasukan itu perlu muhasabah diri bagi memastikan pemain-pemainnya tidak terlalu selesa dengan kejayaan dikecapi selama...

Hiburan

3s KUALA LUMPUR – Penyanyi berbakat besar Nadeera berbesar hati apabila namanya dibandingkan dengan penyanyi senior namun enggan perbuatan tersebut dilakukan secara berlebih-lebihan. Kata...

Mamak News

0 Angka Kematian Di Palestin Meningkat Kepada 17,674 Orang – Kementerian Kesihatan RAMALLAH (Palestin), 10 Dis (Bernama-WAFA) — Angka kematian penduduk Palestin susulan serangan...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications