Hi, what are you looking for?

Hiburan

Aaron digugur hal kerja, kena profesional – Syamsul


KUALA LUMPUR – Pengarah filem The Original Gangster, Syamsul Yusof menegaskan sedia memenuhi permintaan untuk bersemuka dengan Datuk Aaron Aziz seperti dipinta pelakon itu selepas konflik berhubung pengguguran namanya daripada produksi karya berkenaan.

Katanya, aktor tersebut digugurkan daripada pembikinan filem aksi tersebut kerana berkenaan soal kerja, bukan membabitkan isu peribadi antara mereka.

Malah, Syamsul mengakui bersikap terbuka seandainya permintaan itu dibuat atas urusan mahu berbaik-baik semula atau berkaitan projek filem akan datang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya boleh saja nak jumpa secara profesional berdua, tiada masalah. Saya pun tunggu dia ajak berjumpa sama ada berbaik-baik semula pun okey.

“Kalau ada projek filem akan datang pun boleh (sebab) Aaron tetap sahabat saya. Masalah ini hanya kerja semata-mata dan kita mesti bersikap profesional,” katanya kepada Kosmo! Online.

Malam tadi, Aaron menerusi Instagram meluahkan kemarahan kerana mendakwa dirinya dianiaya selepas namanya digugurkan pada saat akhir walaupun bermacam pengorbanan dilakukan untuk filem tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Aktor berusia 47 tahun itu turut terkilan kerana Syamsul enggan berjumpa sedangkan segala permintaannya supaya dia ‘buat badan’ sudah dipenuhi.

Malah, dalam pendedahan berkenaan, Aaron mengatakan sanggup menahan kesakitan menggunakan suntikan steroid untuk mendapatkan tubuh badan sasa dalam tempoh singkat.

Kelmarin, Syamsul mendedahkan keputusan menggugurkan nama Aaron daripada filem The Original Gangster disebabkan masalah kesihatan selain faktor usia dan saiz fizikal. – KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Teruskan Membaca

Mamak News

0 WASHINGTON: White House dan parti Republikan secara dasar bersetuju untuk menaikkan paras siling hutang Amerika Syarikat (AS) bagi mengelakkan kegagalan pembayaran selepas rundingan...

Sukan

0 MONACO – Juara dunia, Max Verstappen mengakui gusar de­ngan ancaman yang bakal diberikan oleh Ferrari menjelang perlumbaan Grand Prix (GP) Monaco malam ini....

Mamak News

0 Ibu Bapa Kena Tahu, Ini Cara Berkesan Cuci Slime Yang Lekat Pada Pakaian Anak Dulu mungkin kita sudah terbiasa melihat kanak-kanak bermain tanah...

Mamak News

0 AMPANG JAYA – Helah penagih dadah yang menyamar sebagai polis mengundang padah apabila ditahan pegawai keselamatan di sebuah apartmen di Ukay Perdana, di...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications